Previu MSL 2019: Medan Terbaik PKNP FC & Kuala Lumpur Kecapi Nikmat Kemenangan Sulung

Aksi malam ini bakal menjadi pertemuan dua pasukan di tangga terbawah saingan Liga Super Malaysia 2019 iaitu Kelab Bola Sepak Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC) yang akan menanti kunjungan Kuala Lumpur di Stadium Majlis Perbandaran Manjung.

Nasib serupa dialami kedua-dua pasukan apabila masih belum meraih sebarang kemenangan dalam saingan liga setakat ini.

Tuan rumah, PKNP FC hanya mampu meraih satu keputusan seri dan lima kekalahan dalam enam perlawanan manakala Kuala Lumpur tewas kesemua lima aksi yang dilalui.

PKNP FC

Permulaan saingan liga yang sememangnya bukanlah seperti dirancang atau diharapkan oleh pengendali PKNP FC, Abu Bakar Fadzim pada ketika ini.

Satu mata daripada enam perlawanan menjadi bukti jelas kelemahan ketara buat PKNP FC dan kesempatan menentang Kuala Lumpur yang turut berdepan kemelut prestasi wajar digunakan sepenuhnya.

PKNP FC hanya mampu menjaringkan tiga gol manakala telah dibolosi sebanyak 13 gol.

Jumlah bolos tersebut adalah yang terbanyak dalam saingan Liga Super. Namun, ia turut dikongsi bersama-sama Kuala Lumpur dan Selangor.

Kuala Lumpur

Kuala Lumpur kini dalam fasa baharu setelah Yusri Che Lah melepaskan jawatan selaku ketua jurulatih atas dasar tanggungjawab terhadap apa yang telah dilalui skuad warga kota selepas lima perlawanan.

Kekosongan yang ditinggalkan Yusri itu telah dipangku oleh penolong jurulatih, Chong Yee Fat.

Kuala Lumpur hampir mencatatkan kemenangan sulung pada perlawanan bertemu Selangor di Cheras, namun kegagalan mengekalkan kelebihan dua gol pada separuh masa pertama memaksa mereka terus berputih mata.

Berita yang sedikit menggembirakan kem Kuala Lumpur adalah kemungkinan ayam tambatan, Guilherme De Paula akan kembali beraksi selepas mengalami kecederaan pada aksi pembukaan bertemu Pahang.

Giancarlo Rodrigues & Indra Putra Mahayuddin

Walaupun masih belum mampu menjelmakan sumbangan yang cukup berkesan buat PKNP FC, kelibat Giancarlo Rodrigues sentiasa bakal menjadi ancaman besar lawan.

Kekuatan fizikal yang dimilikinya amat ditagih PKNP FC dalam memberikan kesukaran buat Irfan Zakaria dan Luke Woodland yang beraksi sebagai pertahanan tengah Kuala Lumpur.

Bagi Kuala Lumpur pula, kelibat pemain berpengalaman luas, Indra Putra Mahayuddin akan menjadi nadi penting kepada bahagian serangan pasukan.

Walaupun semakin dimamah usia, kudrat Indra yang kaya dengan pengalaman masih mampu untuk menyajikan aksi terbaik sekaligus memberikan sokongan buat Guilherme De Paula atau Sylvano Comvalius.

Rekod & Statistik 5 Perlawanan Terakhir MSL

PKNP FC

  • Seri 1-1 v Felda United (A)
  • Kalah 2-3 v PJ City FC (H)
  • Kalah 0-1 v PKNS FC (A)
  • Kalah 0-3 v Pahang (H)
  • Kalah 0-3 v JDT (A)

Kuala Lumpur

  • Kalah 1-3 v Pahang (H)
  • Kalah 1-4 v JDT (A)
  • Kalah 0-1 v Terengganu FC (H)
  • Kalah 0-2 v Melaka (A)
  • Kalah 2-3 v Selangor (H)

Ramalan Semuanya BOLA

Dengan kedua-dua pasukan yang masih dibelenggu masalah prestasi pada ketika ini, sukar untuk menjangkakan kesudahan perlawanan di Manjung ini.

Andai dilihat pada aksi terakhir skuad tuan rumah di Manjung ketika bertemu Pahang, para pemain PKNP FC cukup bertenaga dalam merangka serangan ke kubu lawan.

Sekiranya masalah penyudah tumpul dapat diselesaikan pada malam ini, PKNP FC mampu untuk meraih kemenangan sulung.

Namun, Kuala Lumpur yang dijangka akan kembali mendapat sentuhan De Paula dan Comvalius juga dilihat berkelebihan untuk menamatkan rentetan keputusan buruk mereka.

#FMONIFLIX

Bagi yang tidak berkesempatan untuk turun ke stadium untuk menyaksikan perlawanan ini di stadium, usah risau.

Hasil kerjasama Semuanya BOLA dengan iflix, anda kini boleh menyaksikan perlawanan unifi Liga Super Malaysia ini secara PERCUMA tanpa daftar atau muat turun.

Anda hanya perlu klik #FMONIFLIX untuk mengikuti perlawanan ini.

Siaran langsung akan dibawa kepada anda 30 minit sebelum sepak mula. Anda juga boleh layan previu-previu menarik sebelum perlawanan bermula. Terus setia bersama kami di Semuanya BOLA!

Kredit foto: PKNP FC & Kuala Lumpur Hawks

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN