“Penat & Hilang Tumpuan Bukan Alasan”- Tan Cheng Hoe Tuntut Pemain Selangor Perbaiki Kelemahan

Jika dilihat pada persiapan setiap pasukan untuk saingan Liga Malaysia (Liga M) tidak lama lagi, Selangor antara yang diberi tumpuan berdasarkan para pemain baharu ditandatangani mereka.

Tampil selaku salah satu tumpuan, pastinya ia memberi cabaran besar buat pengendali utama iaitu Tan Cheng Hoe untuk memenuhi jangkaan ramai dengan persiapan lebih rapi dibuat.

Mula memegang jawatan selaku pengendali utama Selangor pada pertengahan musim lalu, kehadiran Cheng Hoe boleh dianggap sesuatu istimewa buat pasukan berkenaan selepas beliau berjaya mengubah kelab itu tampil serba baik.

Diperkuatkan dengan muka baharu dalam kalangan pemain serta rakan kejurulatihan lain musim ini, pengendali berpengalaman itu pastinya mahu Selangor tampil dengan lebih baik berbanding tahun lalu.

Menerusi rangkaian ramai pemain terbaik bawah kendaliannya musim ini, Cheng Hoe dilihat mempunyai tugas besar untuk menentukan kesebelasan terbaik buat Selangor sebelum saingan liga bermula.

Walaupun begitu, Cheng Hoe menegaskan ketika ini beliau masih belum memutuskan barisan terbaiknya untuk menghuni kesebelasan utama Selangor.

Fokus Cheng Hoe ketika ini lebih kepada corak permainan yang ingin diperkemaskan supaya tampil lebih baik untuk memberi saingan buat pasukan lain.

Jelas beliau lagi, banyak usaha serta kajian dibuat kini untuk meningkatkan lagi corak permainan para pemain sebelum aksi bermula menerusi baki tempoh pramusim yang masih ada.

“Pemain perlu kembali kepada corak permainan yang sudah diterapkan terutamanya memperbaiki kelemahan seperti kerap hilang bola hingga memberi kelebihan kepada lawan.

“Penat dan hilang tumpuan bukan alasan kepada pemain kerana mereka akan mengharungi perlawanan yang lebih sukar dalam Liga Super musim ini berdasarkan kepada persiapan rapi yang dilakukan pasukan lain.

“Oleh itu, perkara utama sekarang ini adalah menyelesaikan masalah untuk memantapkan pasukan sebelum menetapkan barisan utama terbaik,” katanya menerusi Berita Harian.

Antara muka baharu yang menghiasi skuad The Red Giants musim ini ialah Faisal Abdul Halim, Khuzaimi Piee, V. Ruventhiran, Ayron del Valle, serta Rauf Salifu.

Hadir dengan serba baik di segenap posisi, Selangor boleh dianggap selaku antara pencabar penting musim ini untuk merebut kejuaraan Liga Super.

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN