Penantian Berakhir, Aktiviti Bola Sepak Dibenarkan Bermula 15 Julai Ini

Aktiviti Bola sepak

Penantian penggiat dan peminat bagi melihat aktiviti bola sepak kembali dimainkan kini telah pun berakhir setelah Majlis Keselamatan Negara (MKN) memberikan lampu hijau untuk menjalankan sukan nombor satu negara itu.

Pengumuman yang dilakukan oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) merangkap Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi sidang media sebentar tadi menyaksikan aktiviti bola sepak dan sukan-sukan fizikal kembali dibenarkan kepada orang ramai bermula 15 Julai ini.

Satu pengkhabaran yang sudah pastinya membuatkan banyak pihak tersenyum lebar selepas terpaksa berehat panjang susulan wabak COVID-19 melanda tanah air.

Ini bermakna, pengusaha-pengusaha padang komersil dan operator gelanggang futsal serta fasiliti sukan dan akademi juga turut dibenarkan beroperasi pada tarikh tersebut.

Dalam perkembangan lain, pasukan-pasukan dalam saingan Liga Malaysia iaitu Liga Super dan Liga Premier juga mendapat tonik berguna apabila pertandingan berpasukan sentuhan fizikal juga telah dibenarkan pada 15 Ogos nanti.

Selain daripada pelbagai Prosedur Standard Operasi (SOP) yang perlu dipatuhi setiap pasukan, pertandingan tersebut akan diadakan tanpa kehadiran penonton seperti yang dipraktikkan hampir semua liga di Eropah yang kembali bersambung.

Tempoh sebulan perbezaan yang diberikan oleh MKN itu adalah bertujuan untuk memberikan sedikit masa kepada penganjur saingan liga, Malaysian Football League (MFL) bagi membuat perancangan dan persiapan rapi dari segenap aspek yang diperlukan.

Pelaksanaan setiap aktiviti sukan tanpa mengira buat orang ramai atau pertandingan perlu diadakan dalam keadaan yang terkenal dengan beberapa SOP sudah pasti perlu untuk dipatuhi.

Sehubungan dengan itu, setiap pihak perlu mengambil serius tanggungjawab dalam menjadikan norma baharu ini sebagai kebiasaan buat semua.

Tahniah buat semua penggiat dan pencinta bola sepak negara!

Kredit featured image: Pakawich Damrongkiattisak/Getty Images

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN