Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (PFA) mengugurkan 17 pemain daripada skuad utama Liga Malaysia sebelum menghadapi saingan musim hadapan.
Perkara tersebut disahkan melalui satu muat naik yang dipaparkan di platform media sosial persatuan tersebut semalam.
Antara yang digugurkan dari pasukan ialah Afiq Azmi, Azrul Ahmad, Zamer Selamat, Wan Mohd Syukri, Abdul Aziz Ismail, dan A. Segar.
Menurut PFA kesemua 17 pemain ini sudah tamat kontrak dan tidak akan ditawarkan kontrak baharu untuk menghadapi saingan pada musim hadapan.
TERIMA KASIH 2019..!
Dengan berakhirnya kontrak pemain untuk musim 2019, Persatuan Bolasepak Pulau Pinang ingin…
Posted by FA Penang on Sunday, November 3, 2019
Penang FA pada musim ini bersaing di Liga Premier dan menamatkan saingan di tangga ke-7 saingan selepas diarahkan pemotongan enam mata oleh FIFA membabitkan tunggakan gaji bekas pemain import, Reinaldo Lobo.
Skuad Harimau Kumbang yang pada asalnya mengakhiri saingan Liga Premier di tempat ketiga dan layak beraksi di saingan Liga Super terpaksa menelan realiti pahit tersebut.
Penang FA kemudiannya membawa kes tersebut ke Mahkamah Timbang Tara (CAS) untuk mendapatkan penjelasan.
Pasukan yang terumbang-ambing pada awal musim ini menunjukkan kebangkitan luar biasa di akhir saingan Liga Premier selepas diambil alih oleh Manzoor Azwira pada April lalu.