Tan Cheng Hoe Panggil ‘Pengantin Baru’ Sertai Skuad Harimau Malaya

Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya memanggil penjaga gol JDT, Haziq Nadzli untuk persiapan pasukan negara bagi menghadapi pusingan kelayakan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Perkara itu diumumkan melalui satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysa (FAM) pada hari ini.

Sebelum ini Tang Cheng Hoe memanggil 26 pemain untuk menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya bermula Ahad lalu, 3 November 2019.

Haziq yang baharu sahaja menamatkan zaman bujang bersama pelakon, Eyra Hazali pada 1 November lalu juga merupakan penjaga gol skuad Bawah-23 Tahun negara di bawah kendalian Datuk Ong Kim Swee sebelum ini.

Haziq Nadzli Tersenarai Ke Skuad Harimau Malaya

Jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe telah memanggil penjaga gol Johor…

Posted by Football Association of Malaysia (Official) on Sunday, November 3, 2019

Dengan memanggil Haziq, kini pasukan negara memiliki tiga penjaga gol dari kalangan 26 pemain yang dipanggil untuk menjalani latihan pusat.

Selain daripada Farizal Marlias yang juga merupakan penjaga gol utama dan kapten pasukan dalam tiga perlawanan kelayakan yang lalu, pasukan negara turut  memiliki Mohd Khairulazhan Mohd Khalid.

Keputusan untuk memanggil Haziq dilakukan selepas keputusan menggugurkan Mohd Ifwat Akmal (Kedah).

Dengan memanggil Haziq ini bermakna Tan Cheng Hoe telah memanggil 11 pemain JDT – kontinjen teramai – untuk latihan pusat pasukan negara bagi menghadapi tiga perlawanan antarabangsa sepanjang November ini.

Skuad Harimau Malaya dijadualkan bakal bertemu Tajikistan pada 9 November 2019 (Sabtu) untuk perlawanan persahabatan dan seterusnya dua aksi Kumpulan G bagi Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Thailand pada 14 November 2019 (Khamis) dan menentang Indonesia pada 19 November 2019 (Selasa).

Ketiga-tiga perlawanan akan berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN