Penang FA Akan Hantar Surat Rayuan Kepada FAM Sebagai Langkah Terakhir

Dr. Amar Pritpal, FAP

Nasi sudah menjadi bubur. Mungkin itu situasi terkini yang dihadapi oleh Pulau Pinang yang dinafikan hak untuk bersaing di Liga Super Malaysia (MSL) pada musim hadapan angkara kesilapan sendiri sebelum ini.

Semalam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) melalui satu kenyataan media mengumumkan skuad Harimau Kumbang itu dipotong enam mata susulan arahan Persekutan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Ia berikutan kes kelewatan pembayaran gaji bekas pemain import, Reinaldo Lobo beberapa musim yang lalu.

Siaran Media: Pulau Pinang Dipotong Enam Mata Liga Premier Selepas Gagal Ikut Arahan FIFA

Baca penuh di…

Posted by Football Association of Malaysia (Official) on Sunday, July 21, 2019

Melalui laporan oleh Berita Harian, Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP), Dr Amar Pritpal Abdulla berkata pihak beliau bagaimanapun tetap akan menghantar satu surat rayuan kepada FAM sebagai langkah terakhir.

“Kita akan hantar lagi surat rayuan kepada FAM esok, tapi saya beranggapan FIFA tidak akan mengubah keputusannya untuk pemotongan markah itu,” ujar beliau kepada BH Sukan semalam.

“Sebenarnya kami sudah mengetahui perkara ini pada Rabu lalu iaitu sebelum saingan menentang PDRM, tetapi kita tetap meneruskan perlawanan demi maruah pasukan Pulau Pinang,” ujar beliau lagi.

Dr. Amar juga menjelaskan isu tunggakan gaji Reinaldo itu sebenarnya berlaku ketika pasukan dan persatuan masih di bawah pengurusan lama dua tahun yang lalu.

Bayaran tersebut bagaimanapun sudah dilunaskan sepenuhnya.

“Ini semua hutang yang ditinggalkan sebelum saya ambil alih. Selepas saya ambil alih, kita sudah bayar RM11.2 juta untuk selesaikan pelbagai perkara.

“Isu Reinaldo ini hanyalah berkaitan tarikh pembayaran yang lewat namun semua hutang dengannya sudah selesai,” katanya.

Reinaldo adalah tonggak utama skuad pulau mutiara itu ketika bergelar naib juara Liga Premier pada 2015. Digelar sebagai ‘The Tanker’ beliau adalah pemain kesayangan majoriti penyokong Pulau Pinang kerana komitmen sepenuh hati ketika beraksi di atas padang.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN