Penang Buat Rombakan Besar, 14 Pemain Musim Ini Sah Tidak Disambung Kontrak

Pasukan yang menduduk tangga tercorot Liga Super 2022 iaitu Penang dilihat bakal membuat rombakan baharu secara besar-besaran pada musim hadapan.

Menerusi perkongsian terbaharu laman rasmi pasukan berkenaan di Facebook, mereka telah memutuskan untuk tidak menyambung kontrak baharu yang membabitkan 13 pemain tempatan setakat ini.

Antara pemain yang tidak akan lagi bersama Penang pada musim hadapan ialah penjaga gol berkaliber, Hafizul Hakim, Rafiuddin Roddin, dan Daniel Ashraf.

Jelas Penang, keputusan tersebut dibuat kerana mereka ingin mengubah haluan baharu musim depan dan ianya menyaksikan pemain-pemain tersebut tidak ada dalam perancangan untuk disambung kontrak.

“Penang FC ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Hafizul Hakim, Rafiuddin Roddin, Thivendaran, Gopi Rizqi, Tam Sheang Tsung, Azim Rahim, Jafri Firdaus Chew, Faizal Talib, Shukri Hamid, Azzizan Nordin, Ariff Ar-Rasyid, Syazwan Zaipol dan Daniel Ashraf yang bersama pasukan Penang FC sepanjang musim 2022.

“Ahli lembaga pengarah Penang FC telah memutuskan untuk membawa haluan baharu pasukan Harimau Kumbang bagi musim 2023 dan khidmat pemain-pemain ini tidak akan diperbaharui,” jelas laman tersebut.

Sehingga kini, hanya status kontrak beberapa pemain tempatan sahaja telah dijelaskan oleh mereka dan mengenai import pula, cuma Endrick dos Santos sah tidak akan bersama pasukan lagi.

Penang melalui detik terburuk mereka pada tahun ini selepas mereka mencatat kejayaan terbaik sebelum itu pada musim 2021 untuk tampil di kedudukan ketiga.

Dengan mengekalkan Thomas Trucha sebagai pengendali pasukan awal musim ini, pasukan tersebut gagal mengulangi rentak kejayaan sehingga menyaksikan jurulatih tersebut disingkirkan.

Malah, pelantikan Dato’ Zainal Abidin Hassan juga tidak mampu membawa Penang untuk tampil mencipta kebangkitan dan mencetuskan kemarahan ramai para penyokong.

Daripada 22 perlawanan liga dihadapi musim ini, Penang hanya mampu mencatat dua kemenangan dan lima kali seri untuk mengumpul 11 mata sahaja.

Sesuatu yang positif dapat dilihat dalam pasukan tersebut mungkin mengenai penyerang import mereka yang menyertai pada pertengahan musim, Lucas Espindola.

Penyerang ini tampil dengan memberi nafas baharu buat serangan Penang, selepas Cassagrande dilihat kurang konsisten pada awal musim serta dihantui masalah kecederaan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN