Penang Ada Peluang Cipta Kejutan Atasi Sabah

Penang bakal mengharungi aksi Liga Super pertama mereka malam ini dengan mereka berkunjung ke gelanggang lawan terlebih dahulu di Likas untuk menghadapi cabaran daripada Sabah.

Musim ini menyaksikan Penang telah pun mencipta beberapa rombakan terutama sekali membabitkan barisan pemain import mereka untuk tampil lebih baik.

Apa tidaknya,musim lalu menyaksikan mereka tampil menjadi antara mangsa kritikan penyokong sendiri ekoran prestasi dipamerkan kurang konsisten di atas padang.

Penang sekadar menamatkan musim 2023 mereka dengan berada di tangga ke-10 sahaja selepas mampu mencipta enam kemenangan daripada 26 perlawanan telah dilalui.

Pastinya siri kebangkitan kini diperlukan mereka pada musim terbaharu untuk terus menjadi salah satu pasukan terbaik dan memberi persaingan sengit berbanding tahun lalu.

Melihat kepada siri persiapan dan pemain dimiliki, Penang sebenarnya mampu untuk mencipta kejutan mengatasi Sabah jika mereka memberi fokus sepenuhnya sepanjang tempoh 90 minit aksi berlangsung.

Sentuhan bekas penyerang Harimau Malaya iaitu Akmal Rizal Ahmad Rakhli yang kini bergelar pengendali utama Penang pastinya ditagih untuk membawa aura perubahan baharu kelab itu berbanding musim-musim lalu.

Kelibat pemain berkualiti seperti Syamer Kutty Abba, Sikh Izhan Nazrel dan beberapa lagi mampu memberi kekuatan tambahan buat Penang untuk kategori pemain tempatan.

Manakala pemain import paling mencuri tumpuan, pastinya terarah kepada peledak baharu mereka iaitu Rodrigo Dias jika beliau mampu memberikan impak yang ditagih para penyokong Black Panthers.

Pemain kelahiran Brazil itu mempunyai reputasi cukup baik di Vietnam sebelum ini dan pastinya bisa Rodrigo ditagih Akmal untuk membentuk siri serangan lebih baik jika dibandingkan musim lalu.

Melihat kepada situasi semasa pasukan lawan, jelas Sabah juga bukan calang-calang menerusi barisan pemain serta faktor jurulatih utama mereka, Datuk Ong Kim Swee.

Walaupun begitu, laporan sebelum ini juga menyatakan mereka terpaksa melupakan khidmat penyerang berbisa iaitu Saddil Ramdani yang masih dihantui isu kecederaan bagi dibawa turun.

Pandangan anda, pasukan mana bakal meraih tiga mata penuh pada perlawanan hari ini di Likas?

Sabah dilihat sebagai pasukan pilihan kini, tetapi Penang juga hadir dengan skuad serba baharu serta turut diperkuatkan beberapa tonggak berkualiti tinggi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN