‘Serba Lengkap Di Setiap Posisi’ – Kuching City Dijangka Cipta Kejutan Musim Ini

Kuching City sebelum ini boleh dikatakan sebagai antara pasukan paling aktif menandatangani para pemain baharu untuk mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) pada musim 2024/2025.

Terdahulu, pasukan tersebut gagal untuk memberi impak positif pada musim pertama mereka di Liga Super pada tahun 2023, apabila Kuching City sekadar menamatkan persaingan di tangga ke-13 sahaja daripada 14 kelab bertanding.

Kemasukan Aidil Sharin Sahak pada pertengahan musim memberi isyarat pasukan tersebut memerlukan perubahan lebih positif untuk persaingan musim akan datang.

Bawah kendalian Aidil pada musim 2024/2025, beberapa pemain penting telah ditandatangani beliau untuk slot tempatan seperti bekas pertahanan Kedah Darul Aman (Kedah) iaitu Rodney Celvin, Hariz Mansor, Zharmien Ashraf, Shamie Iszuan, Shahril Saari, Daniel Amir dan beberapa lagi telah diperkenalkan.

Setiap pemain tersebut jelas mempunyai latar belakang menyakinkan pada aksi lalu dan ditandatangani musim ini untuk memperkukuhkan setiap posisi yang dianggap masih lemah.

Kemasukan pemain tempatan lebih berkualiti serta berpengalaman seperti Rodney Celvin dan Shahril Saari menjadi sesuatu yang sangat penting buat Kuching City, kerana pasukan itu terlalu banyak bergantung kepada kekuatan import tahun lalu.

Malah, Rodney dan Shahril sendiri pernah mencipta kerjasama ketika di Kedah beberapa musim lalu, dan persefahaman antara mereka sudah tentu sangat kukuh untuk mencipta keputusan positif bersama Kuching City.

Terarah kepada slot import pula, pasukan tersebut bertindak lebih awal untuk mengekalkan pemain dari Jepun yang memiliki keupayaan beraksi di beberapa posisi, Yuki Tanigawa.

Kelebihan beliau bukan sahaja terarah di bahagian tengah, Tanigawa juga memiliki kelebihan cukup baik selaku pemain pertahanan dan sudah pun dibuktikan beliau pada tahun lalu.

Selain itu, mereka juga secara rasminya menandatangani bekas penyerang import Kuala Lumpur City (KL City) iaitu Tchetche Kipre serta pertahananan kental dari Nigeria, James Okwuosa dan beberapa nama lagi.

Selepas kehilangan khidmat peledak terbanyak mereka iaitu Abu Kamara, kemasukan Kipre dianggap sesuatu yang menyakinkan menerusi rekod beliau musim lalu serta sudah memiliki banyak pengalaman di Malaysia.

Musim lalu sahaja menyaksikan Kipre sudah meledak 11 gol bersama empat bantuan jaringan secara keseluruhan daripada 28 perlawanan domestik sudah dilalui.

Kipre juga bakal dibantu oleh bekas peledak Terengganu musim lalu iaitu Jordan Mintah selaku penyerang import baharu pasukan tersebut.

Kehadiran Okwuosa pula menyaksikan Aidil jelas mahu memperbaiki struktur kelemahan posisi tersebut tahun lalu dengan mendapatkan pemain tersebut bagi musim ini bersama Rodney.

Okwuosa yang menjadi perhatian utama bersama PDRM musim lalu pastinya akan terus menjadi pemain penting buat Kuching City pula untuk membentuk gandingan mantap bersama Rodney Celvin.

Selain itu, beberapa keputusan positif telah dilakar mereka pada aksi pramusim untuk menyatakan kini mereka sedia memberi cabaran besar buat pasukan lain.

Untuk aksi pertama, mereka bakal melayan kunjungan Kuala Lumpur City (KL City) di gelanggang lawan dalam misi untuk cuba mendapatkan tiga mata.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN