Jaringan penalti oleh Cristiano Ronaldo memberikan kemenangan ke-7 berturut-turut untuk Juventus dalam saingan Serie A. Juventus menang 1-0 di dalam perlawanan yang dilagsungkan di Stadium Olimpico.
https://twitter.com/ultrastyle01/status/1074022946497282050?s=19
Dalam perlawanan derbi Della Mole yang berlangsung awal pagi tadi waktu Malaysia, Torino dan Juventus terikat tanpa jaringan selama 70.
Namun tidak disangka-sangka – bekas pemain Juventus – Simeone Zaza telah menggelecek bola ke belakang kawasan pertahanan mereka.
Simeone Zaza ditekan oleh Leonardo Bonucci dan beliau kemudian melakukan hantaran ke belakang yang teruk. Penjaga gol gantian Torino – Ichazo – terpaksa menjatuhkan Mario Mandzukic dalam usaha mematikan ancaman tersebut. Ianya telah memberikan penalti kepada Juve.
Ronaldo menggunakan kepakarannya untuk menewaskan Ichazo daripada titik penalti. Ini merupakan jaringan ke-11 Ronaldo dalam Serie A musim dan mengukuhkan lagi kedudukan Juventus di singahsana. Ia juga jaringan ke-5000 Juventus dalam Serie A.
Gol @Cristiano malam ini merupakan gol ke-5️⃣0️⃣0️⃣0️⃣ Juventus di @SerieA! 👏👏👏#ToroJuve #ForzaJuve pic.twitter.com/O5tiYoAttq
— JuventusFC (@juventusfcid) December 15, 2018
Sebelum itu, Torino kehilangan penjaga gol berpengalaman mereka Salvatore Sirigu yang cadera selepas menafikan percubaan bahaya Ronaldo pada minit ke-20.
Juventus jelas tidak beraksi dalam prestasi terbaik dalam perlawanan ini. Mujurlah penalti Ronaldo memberikan 3 mata kepada mereka. Ini adalah kekalahan ke-4 Torino pada musim ini. Sementara itu Juventus masih tidak kalah lagi dalam saingan Serie A musim ini.