Luka Modric Tembak Cristiano Ronaldo Dan Messi Kerana Tak Datang Ke Majlis Ballon d’Or

Luka Modric

Luka Modric kecewa dengan ketidakhadiran Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo ke acara gala Ballon d’Or 2018. Luka Modric diletakkan sebagai calon pilihan utama pada anugerah kali ini.

Selepas sedekad duopoli Lionel Messi dan Ronaldo dalam acara tersebut, Luka Modric akhirnya berjaya menjadi pemenang. Modric membantu Real Madrid memenangi UCL dan juga membantu negaranya – Croatia – menjadi Naib Juara dalam Piala Dunia 2018. Luka Modric dinobat Pemain Terbaik Piala Dunia 2018.

Luka Modric kemudian mengkritik sikap Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo yang seolah-olah tidak menganggap acara itu penting selepas diramal bakal kehilangan Ballon d’Or kepada calon lain pada kali ini.

Bercakap kepada Sportske Novosti, Luka Modric berkata: “Saya tak tahu nak komen tentang mereka yang tidak mahu datang ke acara anugerah ini – itu pilihan mereka. Sama ada ianya logik ataupun tidak.”

Luka Modric berpendapat Lionel Messi dan Ronaldo telah membuatkan ramai pihak kecewa kerana tidak hadir dalam majlis tersebut.

“Semuanya bergantung kepada pilihan masing-masing. Trofi ini akan jadi berharga kepada mereka – jika mereka memenanginya. Ini tidak adil kepada rakan sepasukan mereka, ataupun para pengundi yang mencalonkan nama mereka untuk 10 tahun terakhir ini – begitu juga kepada peminat bola sepak.”

“Namun saya ulangi sekali lagi, semua orang akan bertindak mengikut apa yang ada dalam fikiran mereka.”

Walaupun memenangi Ballon d’Or, Luka Modric enggan menerima label pemain terbaik di atas planet. Ini kerana menurut beliau anugerah Ballon d’Or yang beliau menangi adalah untuk mengiktiraf pencapaian semusim beliau – bukannya untuk keseluruhan karier.

Modric menambah lagi: “Di sini kita bercakap tentang prestasi semusim, itu yang menjadi pertimbangan jurulatih, pemain, legenda bola sepak dan pengamal media yang mengundi.”

Luka Modric dengan Ballon d’Or yang beliau menangi

“Adakah mereka silap dalam mengundi? Jika kita mengundi kualiti pemain, sememangnya kesemua trofi ini akan diberikan kepada Messi dan Ronaldo selagi-lagi mereka bermain dan menafikan undian lain.” 

Sebagai tambahan, dalam Ballon d’Or 2018, Ronaldo berada di tangga ke-2. Manakala Lionel Messi berada di tangga ke-5.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN