Pada edisi Piala Dunia 2006, pertemuan suku akhir antara Jerman dan Argentina berakhir dengan sepakan penalti. Jens Lehmann adalah penjaga gol Jerman pada ketika itu.
Penalti adalah loteri nasib, kata orang. Tetapi Jens Lehmann kata tidak. Sebelum perlawanan lagi, Jens Lehmann sudah membuat satu nota kecil yang disimpan di shin pad nya.
Dalam notanya, Lehmann mencatat nama pemain Argentina di dalam dua kolum. Kolum kiri untuk mereka yang suka sepak sebelah kiri dan kolum kanan untuk kolum sebelah kanan.
Lehmann meneka arah sepakan dengan tepat bagi semua pemain Argentina dan berjaya menyelamatkan sepakan Roberto Ayala.
Dalam sepakan penentuan terakhir, Esteban “Cuchu” Cambiasso menyepak ke arah kiri Lehmann.
Guess what?
Lehmann berjaya menyelamatkannya dan Jerman mara ke separuh akhir.
Mungkin video ini bakal membantu anda memahami apa yang kami cuba sampaikan:
https://www.youtube.com/watch?v=MqjNFjSvHV4
Tambahan info: Menurut artikel dari Mirror.co.uk, Jens Lehmann telah membuang nota tersebut di dalam tong sampah selepas tamat perlawanan. Beliau kemudiannya mengambil semula nota tersebut dari dalam tong sampah selepas memikirkan yang ianya boleh ditunjukkan kepada anak-anaknya.
Sehari selepas itu, nota Lehmann menjadi sensasi di Jerman dan ada syarikat menyumbang sebanyak 1 juta euro untuk mendapatkannya semasa jualan amal. Nota Lehmann sekarang ini diabadikan di salah sebuah muzium di Jerman sebagai peringatan untuk Piala Dunia 2006.
Like page SemuanyaBOLA di Facebook.
Follow Twitter kami di @semuanyabola