Penalti, Kad Merah & 11 Kad Kuning, Pengadil Gagal Kawal Aksi Sabah-JDT?

Pengadil Sabah-JDT kad kuning kad merah

Penalti penuh kontroversi, 11 layangan kad kuning serta satu kad merah, adakah pengadil gagal mengawal perlawanan Sabah-JDT dengan baik?

Johor Darul Ta’zim (JDT) masih gagal membawa pulang bekalan selesa ke Iskandar Puteri selepas menundukkan Sabah FC dengan keputusan 1-0.

Walaupun tanpa beberapa tonggak utama mereka, Sabah masih mampu mengekang hajat besar JDT untuk mendapatkan kemenangan total dalam aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia 2022. Gol tunggal pelawat telah dijaringkan oleh pemain sayap sensasi negara, Arif Aiman Hanapi.

Arif berjaya memberikan sedikit kelebihan buat skuad Harimau Selatan selepas meledak gol pada minit ke-33 apabila berjaya menewaskan Damien Lim yang menggantikan Khairul Fahmi Che Mat di pintu gol tuan rumah. Beliau cemerlang menafikan peluang kedua JDT untuk meledak gol.

Ia menerusi sepakan penalti yang diambil oleh Bergson da Silva pada minit ke-56 apabila Rawilson Batuil dikatakan mengasari Fernando Forestieri.

Perlawanan berkesudahan dengan hanya gol Arif memisahkan kedua-dua pasukan, namun beberapa insiden dan kontroversi menghiasi perlawanan.

Penalti atau tidak?

Pengadil perlawanan, Razlan Joffri Ali wajar melihat semula beberapa keputusannya malam semalam. Ini berikutan, beberapa situasi dilihat beliau seperti gagal memberikan yang terbaik. Salah satu yang menarik perhatian adalah penalti yang dihadiahkan buat juara sembilan kali Liga Super itu.

Dapat dilihat terjahan yang dilakukan bek tengah tuan rumah, Rawilson ke atas Forestieri berlaku ketika Bergson berada dalam kedudukan ‘offside’.

Menurut wartawan The Star, T. Avineshwaran, Bergson ‘offside’ ketika terjahan dan pengadil seharusnya mengawal perlawanan dengan baik.

Malah paling menarik perhatian adalah ‘tarian twist’ pemain veteran, Amri Yahyah di tempat sepakan penalti akan diambil Bergson. Amri dapat dilihat dengan jelas cuba mengganggu Bergson serta kemudian merosakkan permukaan padang, tempat sepakan penalti akan diambil oleh pemain itu.

Hasilnya, Bergson gagal menyempurnakan sepakan penalti yang diambilnya apabila ia cemerlang diselamatkan oleh Damien Lim pada minit ke-56.

Kad merah atas terjahan bersih Feroz?

Majoriti yang menonton aksi malam tadi merasakan terjahan bek tengah JDT, Feroz Baharudin ke atas Saddil Ramdani adalah bersih dan kemas namun, beliau akhirnya dihadiahkan kad merah oleh pengadil – sekali lagi keputusan yang boleh dipersoalkan. Atas sebab apa layangan kad merah diberikan kepada bek tengah berusia 22 tahun itu malam tadi?

Ini memaksa pelawat beraksi kekurangan seorang pemain dalam tempoh 15 minit terakhir. Mujurlah Sabah gagal untuk mengambil kesempatan.

Berdasarkan beberapa kenyataan di bawah ini, mungkin rumusan yang boleh kita katakan adalah pengadil telah salah membuat keputusan?

“Dari mula saya melihat ia terjahan bersih daripada Feroz Baharudin. Apabila dia melakukan terjahan, ada sentuhan kepada bola.”

Syed Adney Syed Hussein, Pengulas perlawanan Sabah-JDT

“Ia adalah terjahan bersih. Tetapi pengadil melihat perkara itu sebaliknya.”

Hector Bidoglio, Jurulatih JDT

Perlawanan panas, 11 kad kuning dalam 90 minit

Apabila perlawanan berlangsung panas, pengadil seharusnya bijak mengawal situasi. Kita tahu ini adalah aksi separuh akhir, bahangnya berbeza. Hadiah untuk pemenang Piala Malaysia adalah tiket ke Asia, tentunya pasukan seperti Sabah dan Selangor FC akan bermati-matian berjuang di atas padang. Ini akan menjurus kepada terjahan keras.

Jika pemain tidak dapat mengawal emosinya, pengadil harus memainkan peranan mengawal situasi. Layangan kad kuning mampu untuk mengawal?

Dalam sesetengah situasi ia membantu, tetapi dalam sesetengah keadaan ia akan lebih memburukkan perjalanan perlawanan. Mengapa sebegitu?

Bekas pengadil antarabangsa, Howard Webb ada menjelaskan bagaimana pengadil perlu meningkatkan profil sebagai pengadil pada masa kini.

“Untuk mendapat kawalan penuh terhadap perlawanan, anda perlu tampil ke depan pada saat anda perlu didengari dan dipandang pada ketika perlawanan memerlukan anda untuk didengari dan dipandang. Tidak semua mampu lakukan sebegitu.”

https://twitter.com/cfc___seyi/status/1549321261968498688

Adakah melayangkan 11 kad kuning mampu meredakan ketegangan aksi malam tadi? Ia akhirnya membawa kepada terciptanya satu kad merah.

Webb menceritakan situasi paling sukar dalam kariernya ketika final Piala Dunia 2010 di mana beliau melayangkan 13 kad kuning dan satu kad merah ketika Sepanyol mengatasi Belanda 1-0 untuk kejuaraan. “Kad kuning tidak memberi kesan sepatutnya. Ia menakutkan bagi pengadil,” ujarnya.

Beliau mencadangkan agar pengadil sentiasa mencari jalan untuk berdepan dengannya. Nasihatnya, biar apa pun reaksi daripada pemain, kekal tegas dengan keputusan dan jangan hilang keyakinan diri. “Akhirnya ia mungkin tidak sempurna, tetapi ia jauh lebih baik daripada bersembunyi,” jelasnya.

Jadi, tiada masalah untuk pengadil melayangkan kad kuning yang banyak dalam usahanya mengawal situasi, tetapi pengurusan perlawanan yang lebih baik mungkin diperlukan. Perlawanan yang tegang seperti semalam sememangnya membawa kepada banyak layangan kad berbanding gol.

Begitupun beberapa insiden telah menyaksikan beberapa keputusan Razlan wajar dipersoalkan. Pandangan anda tentang kualiti pengadilannya?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN