Dihina Oleh Ronaldo, Ini Jawapan Ralf Rangnick

Bekas pengurus interim Manchester United, Ralf Rangnick tampil menjawab soalan berkait hinaan Cristiano Ronaldo ke atasnya dalam satu sesi sidang media hari ini.

Cristiano Ronaldo menghina Ralf Rangnick dengan mempersoalkan keputusan Man United melantik individu bukan pengurus seperti ketua jurulatih skuad kebangsaan Austria itu untuk menguruskan kelab.

Legenda Portugal itu tanpa berselindung menghentam teruk Manchester United dalam temu bual beliau bersama Piers Morgan baru-baru ini.

Rakaman penuh temu bual tersebut masih belum disiarkan namun jelas sekali penyokong Manchester United tidak akan sanggup untuk menyaksikan rancangan tersebut nanti.

Selain menghentam Manchester United, Ronaldo turut mengkritik Erik ten Hag dan menghina bekas pengurus interim kelab, Ralf Rangnick.

Pengurus dari Jerman itu dilantik menjadi pengurus interim kelab pada suku kedua musim lalu dengan harapan beliau akan mampu membantu kelab untuk berada di kedudukan lebih baik pada penghujung musim.

United pada ketika itu berada di tahap persembahan terburuk mereka di bawah kendalian legenda kelab, Ole Gunnar Solskjaer.

Rangnick walau bagaimanapun gagal untuk membantu United layak ke saingan Champions League dan lebih buruk lagi, skuad Red Devils turut mengakhiri saingan liga dengan pungutan mata paling teruk dalam sejarah kelab.

Bercakap kepada Piers Morgan, Ronaldo mendedahkan bahawa:

“Selepas Ole, mereka membawa sporting director seperti Ralf Rangnick, ia satu hal yang tiada siapa boleh faham.”

“Lelaki itu bahkan bukannya jurulatih. Kelab sebesar Manchester United membawa sport director bukan hanya mengejutkan saya tapi seluruh dunia.”

“Jika kamu bukan seorang jurulatih, macam mana kamu mahu menjadi pengurus Manchester United? Saya sendiri tak pernah dengar tentang dia.”

Ralf Rangnick awalnya dilantik menjadi penasihat kelab selepas kontraknya sebagai pengurus interim tamat, walau bagaimanapun, beliau akhirnya memilih untuk meninggalkan kelab dan menjadi pengurus skuad kebangsaan Austria.

Jelas sekali komen Ronaldo itu menjadi topik perbualan hangat para peminat dan ketika dalam satu sesi sidang media bersama Ralf Rangnick, pihak media telah bertanya soalan tersebut kepada pengurus dari Jerman itu.

“Saya ketua jurulatih skuad kebangsaan Austria, bukan tugas saya untuk menilai itu. Itu tugas Manchester United dan wartawan sukan.”

Jelas pengurus berusia 64 tahun itu.

Sebelum menjadi pengurus skuad kebangsaan Manchester United, Ralf Rangnick merupakan individu penting sebalik kejayaan Hoffenheim dan RB Leipzig di Jerman.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN