Pemuda Ini Berterima Kasih Kepada Penyedia ‘Streaming’ Liga, ‘Kantoikan’ Kecurangan Kekasihnya

Persik-Bhayangkara-Liga-1-Indonesia-streaming-kekasihnya-kantoi

Remuk redam pastinya hati seorang pemuda di Indonesia ini apabila kekasihnya dilihat mesra bersama lelaki lain di stadium saat beliau menyaksikan siaran langsung secara ‘streaming’ perlawanan Liga 1, Indonesia.

Saat itu, beliau sedang menyaksikan perlawanan liga antara Persik Kediri menentang Bhayangkara Solo FC di penyedia siaran ‘streaming’, Vidio.com dan apa yang tidak dijangkanya, beliau terlihat kelibat kekasihnya yang tampak mesra bersama lelaki lain. Tentunya saat itu beliau tertanya-tanya, adakah itu kelibat kekasihnya?

Menurutnya, kekasihnya memaklumkan kepadanya yang beliau ada tugasan kuliah di luar. Mujur siaran langsung yang dibawakan oleh Vidio.com itu jelas. Jadi, memang tampak jelas kecurangan yang berlaku.

Vidio.com merupakan antara penyiar Liga 1

Ia merupakan perlawanan kedua Liga 1, Indonesia buat kedua-dua pasukan. Dan perlawanan tersebut berakhir dengan keputusan seri 1-1 hasil jaringan Renan da Silva buat Persik, sementara gol Bhayangkara pula diledak oleh penyerang import, Youssef Ezzejjari. Persik merupakan antara pasukan tercorot, di tangga ke-16 liga.

Musim lalu Persik menamatkan liga di kedudukan ke-11 daripada 18 pasukan. Dan saingan musim ini telah kembali dilangsungkan pada 23 Julai yang lalu. Vidio.com merupakan antara penyiar rasmi secara ‘streaming’.

Vidio.com dan Indosiar dikhabarkan bakal menyiarkan hampir 238 daripada 306 perlawanan liga pada musim ini. Sementara O’Channel pula akan membawakan perlawanan-perlawanan terpilih kepada para pengikut aksi Liga 1 Indonesia. Selain itu, bagi kawasan pendalaman pula, mereka boleh mengikuti aksi liga di Nexparabola.

Sebelum ini, penyokong di Indonesia mengkritik siaran langsung yang dibawakan oleh penyiar rasmi Liga 1 Indonesia yang tidak berkualiti. Membandingkan dengan siaran percuma Liga Malaysia di YouTube, jelas mereka cemburu dengan kualiti siaran langsung yang telah dibawakan oleh Malaysian Football League (MFL).

Fernand: “Terima kasih Persik dan Vidiocom”

Pemilik akaun Facebook, Fernand Fernand telah memuat naik satu posting di Facebook Group, Persik Mania di mana beliau berterima kasih kepada penyedia siaran ‘streaming’ perlawanan tersebut yang membongkarkan kecurangan kekasihnya di depan matanya walaupun hanya secara maya. Tentunya beliau terduduk kecewa.

“Terima kasih Persik dan Vidiocom atas perlawanan dan siaran langsung petang tadi. Hasilnya saya dapat mengetahui yang kekasih saya sedang menonton aksi Persik bersama lelaki lain [tidak dikenali], yang mengatakan ada tugasan kuliah di luar. Mereka berdua dirakam kamera pada minit -+70. Terima kasih.”

Adakah itu tugasan kuliah yang dimaksudkan? Aksi mesra kekasihnya bersama lelaki lain itu berjaya dirakam lensa kamera saat perlawanan antara Persik dan Bhayangkara sedang rancak berlangsung pada minit ke-78.

Laman Twitter penyokong Persik Kediri, @tweetpersik turut berkongsi luahan pemuda itu yang dilihat mendapat perhatian ramai. Setakat artikel ini ditulis, ia telah diciap semula sebanyak lebih 3,000 kali di platform Twitter.

Nampaknya, kualiti siaran langsung aksi Liga 1, Indonesia sudah semakin bertambah baik selepas menerima kritikan. Sehinggakan berjaya ‘kantoikan’ kecurangan kekasih yang datang ke stadium bersama lelaki lain.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN