3 Hujah Pemuda Ini Jelaskan Kenapa Chinese Super League Tak Akan Kuasai Dunia

Baru-baru ini, seorang pemuda telah menerangkan sebab mengapa Chinese Super League tidak akan menguasai dunia sampai bila-bila.

Walaupun mereka mempunyai kuasa kewangan yang cukup besar. Namun pemuda bernama Sham Shinoda di Facebook ini adalah 3 sebab tersendiri mengapa liga China tidak akan menguasai dunia.

Anda setuju dengan pandang beliau atau ada pandangan berbeza? Lontarkan di ruangan komen!

Jom baca pandangan beliau:

Nampaknya kini bukan hanya dalam bidang militari negara China cuba mempamerkan penguasaannya, malah para taikun China pula berbelanja sakan cuba mendapatkan pemain berprofil tinggi untuk menyertai Chinese Super League.

Malah sudah ada beberapa nama-nama besar dalam bola sepak dunia menyertai kelab China dengan tawaran gaji yang tak habis makan! Gaji Hulk saja £320 ribu ,seminggu! Seminggu ya para pembaca semua, bukan sebulan!

Kenapa tidak jajah Eropah?

Persoalannya, kenapa para taikun China ini tidak membeli saja mana-mana kelab di Eropah ,dan mengumpulkan semua pemain ternama disitu? Seperti yang dilakukan oleh saudagar arab yang membeli Manchester City dan Paris Saint Germain.

Bukankah ianya lebih mudah untuk memancing mana-mana pemain untuk berkelana di Eropah?

Cukup jelaslah misi mereka ini, iaitu cuba mengalih kiblat bolasepak dunia yang kini lebih bertumpu di Eropah dan mengalihnya ke negara China.

Jika ini benar,adakah misi ini akan berjaya? Jawapannya tidak. 3 hujah ini mungkin akan jadi penghalang utama kenapa bola sepak China tidak akan menguasai dunia sampai bila-bila.

Masalah Bahasa

Dari segi arahan taktikal kepada pemain, memang ianya bukan masalah besar kerana sudah pasti kelab besar ini mampu menyediakan jurubahasa kepada setiap pemain.

Tetapi bayangkan jika chanting dilaungkan dalam bahasa cina, pastilah kedengaran agak pelik dan janggal jika seluruh dunia menyaksikan sebuah perlawanan di Chinese Super League ini. Maka ia sudah kehilangan salah satu aura penting dalam stadium.

Tiada UEFA Champions League di Asia

UEFA Champions League (UCL) merupakan sebuah kejohanan yang paling mendapat perhatian di seluruh dunia kerana mengumpulkan pasukan handalan dari setiap liga di Eropah.

Malangnya China bukanlah negara Eropah. Dan jika Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo bermain di Chinese Super League, pastilah mereka tidak akan berpeluang untuk bermain di UCL.

Yang ada hanyalah AFC Champions League (ACL), tetapi prestij kejohanan UCL jauh lebih tinggi standardnya jika dibanding dengan ACL.

Paling tidak pun kelab China harus menunggu pula di Kejohanan Kelab Dunia jika mahu berentap dengan pasukan elit Eropah.

Wang bukan segalanya

Gaji setiap pemain elit di Eropah pastilah mencecah lebih £100 ribu seminggu, dan ianya lebih dari cukup bagi seorang pemain meskipun ianya mempunyai lebih dari sebuah kereta mewah dan banglo yang banyak.

Jadi wang bukanlah daya penarik bagi pemain yang benar-benar cintakan bola sepak peringkat tertinggi. Memang benar ada pemain sudah kabur mata dengan gaji lumayan g yang ditawarkan dari kelab China ini.

Jika Messi, Ronaldo, Andres Iniesta, Robert Lewandoski, Gareth Bale dan Luka Modric berjaya dikumpulkan dalam 1 kelab di China sekalipun. Ianya tetap tidak akan dapat mengubah kiblat bola sepak dunia.

Atmosferanya terlalu berbeza, kegilaannya takkan sama dan dunia masih sanggup bersengkang mata untuk menunggu perlawanan di Eropah. Dan ianya hampir mustahil untuk diubah.

Wang bukan segalanya.

Nota editor: Artikel ini dihasilkan oleh Sham Shinoda dari FC Wagadugu. Jika anda boleh menulis artikel bola sepak dan mahu artikel anda dibaca oleh lebih 300,000 peminat bola sepak setiap bulan, hantarkan artikel anda (dalam MS Word) ke [email protected].

Baca juga: 3 Import Baru Kelantan Tiba Di Kota Bharu, Ghaddar Kembali!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN