Quantcast

BERITA

Pemain Juventus & Torino Bersatu, Bantu Gelandangan Di Jalanan Turin

Juventus dan Torino adalah 2 kelab paling berpengaruhi di bandar Turin dan pemain mereka sering bergaduh jika bertemu.

Walaupun sering kali Juventus yang menang perlawanan diantara 2 kelab ini, namun permusuhan antara 2 kelab sungguh kuat – sama seperti permusuhan AS Roma dan Lazio dan bandar Rom dan permusuhan antara 2 kelab Milan.

Namun, dalam konteks bola sepak pasti akan ada satu ketika 2 musuh tradisi bersatu. Dan kali ini Juventus dan Torino bersatu di atas jalanan.

Bantu gelandangan

Pemain Juventus Paulo Dybala dan pemain Torino Juan Iturbe telah bersatu atas nama kemanusiaan dengan membantu gelandangan di jalanan bandar Turin.

Pada musim sejuk yang lepas, kedua-dua pemain ini telah menyertai satu sesi menyerahkan selimut-selimut tebal kepada golongan gelandangan yang berada di jalan-jalan bandar Turin.

Ia dijalankan sebagai tanggungjawab sosial dari kedua-dua pemai terhadap masyarakat di bandar Turin.

Semuanya bermula apabila kedua-dua pemain ini menyertai satu program kemanusiaan yang digerakan oleh seorang pemuda yang bernama Luca La Mesa (gambar bawah).

Beliau menjadi terkenal selepas gambar beliau membeli 50 helai selimut tebal dari IKEA telah tersebar luas di Internet tempoh hari.

Kesemua 50 selimut tebal ini diserahkan oleh beliau kepada Persatuan Sabit Merah Itali sebagai cara beliau untuk membantu golongan gelandangan di bandaraya Turin.

Selepas perbuataan Luca La Mesa yang menjadi tular itu. Barulah Dybala dan Iturbe menyertai pemuda tersebut untuk membantu mereka yang tidak bernasib baik di jalan Itali.

Muda tetapi matang

Apa yang dilakukan oleh kedua-dua pemain ini haruslah diberikan pujian kerana mereka telah mewujudkan kesedaran terhadap nasib gelandangan di kawasan mereka.

Apa yang menarik adalah kedua-dua pemain ini masih lagi muda iaitu 23 tahun. Sedang pemain lain seusia mereka masih lagi berseronok dengan apa yang mereka ada, Dybala dan Iturbe telah pergi turun mendekati mereka yang kurang bernasib baik dengan memberikan sedikit bantuan kepada mereka.

Tahniah kepada Luca La Mesa, Paulo Dybala dan juga Juan Iturbe. Semoga usaha murni ini akan terus dilakukan di masa akan datang dan akan ada lebih ramai lagi yang menyertainya.

Baca juga:¬†Dapat Terlalu Banyak Sepakan Penjuru, Akaun Twitter Leeds United ‘Troll’ Pasukan Sendiri