Peminat Sepakat Yang Mykhailo Mudryk Pemain Paling ‘Dungu’ Dalam Skuad Chelsea

Para penyokong Chelsea sepakat menganggap Mykhailo Mudryk sebagai pemain paling dungu dalam skuad The Blues pada ketika ini, apa lagi selepas melihat aksi beliau ketika bertemu Aston Villa awal pagi tadi.

Mykhailo Mudryk mempamerkan aksi persembahan yang sangat mendukacitakan ketika aksi kekalahan 2-0 Chelsea di tangan anak-anak buah Unai Emery di Stamford Bridge.

Skuad kendalian Graham Potter itu pada ketika ini sedang dalam usaha mereka untuk merapatkan jurang dengan kelompok empat teratas dalam saingan Premier League.

Chelsea berharap mereka akan mampu menewaskan Aston Villa di halaman sendiri untuk menghidupkan harapan mereka layak ke saingan Champions League musim hadapan.

Walau bagaimanapun, hal itu tidak menjadi kenyataan dengan pasukan pelawat yang tersenyum lebar pulang membawa tiga mata penuh dari Stamford Bridge.

Villa membuka tirai jaringan mereka pada minit ke-18 permainan menerusi Ollie Watknis sebelum John McGinn meledak gol kedua pada aksi babak kedua permainan.

Selepas melihat The Blues rebah dihalaman sendiri, jelas sekali seluruh skuad Chelsea dihentam oleh para penyokong mereka sendiri.

Graham Potter dan anak-anak buahnya teruk dihentam oleh para peminat dan yang paling teruk dikritik adalah pemain yang baru mereka tandatangani pada Januari lalu, Mykhailo Mudryk.

https://twitter.com/MMudryk15_CFC/status/1642275051293536257?s=20

Pemain bernilai £88.5 juta itu diturunkan dalam kesebelasan utama Chelsea namun beliau gagal untuk mempamerkan aksi persembahan seperti yang diharapkan.

Beliau bahkan turut terlepas dua kesempatan emas untuk menjaringkan gol dan andai saja beliau berjaya memanfaatkan kesempatan tersebut, keputusan perlawanan tentu saja akan berbeza.

Ketika kedudukan masih 0-0, pemain kebangsaan Ukraine itu mensia-siakan satu peluang keemasan dan seminit selepas itu, Aston Villa berjaya memperoleh gol pertama mereka.

Beliau juga turut mempunyai kesempatan dalam situasi satu lawan satu berdepan Emiliano Martinez namun gagal untuk disudahi dengan jaringan.

Dek kerana melihat beliau sama sekali tidak memberikan impak dalam perlawanan ini, Graham Potter akhirnya memutuskan untuk mengeluarkan Mudryk pada minit ke-56 permainan.

https://twitter.com/modap_/status/1642211590626762752?s=20

Para peminat di media sosial masing-masing meluahkan kekecewaan mereka melihat aksi hambar yang dipamerkan oleh pemain kebangsaan Ukraine itu.

“Saya harap ini hanya April fool, tak mungkin dia boleh terlepas peluang seperti itu.”

“Mudryk mensia-siakan banyak peluang, saya rasa dia pemain paling tak berguna di atas padang.”

“100 juta untuk pemain seperti ini, dari awal saya sudah rasa yang kita sebenarnya buang duit membeli dia dengan harga yang mahal.”

“Dia hanya hebat di media sosial, tapi di atas padang dia langsung tak berguna, saya tak faham kenapa kita perlu beli dia. Pembelian yang sia-sia.”

“Bukan hanya penyudah, tapi hantaran-hantaran dia juga tak berkualiti, dia tak layak untuk bermain bersama Chelsea.”

Kekalahan bertemu Aston Villa menyebabkan Chelsea jatuh ke kedudukan ke-11 dalam carta saingan Premier League.

Chelsea selepas ini akan turun bertemu satu lagi pasukan bermasalah, Liverpool dalam saingan Premier League dan jelas sekali kedua-dua pasukan sangat terdesak mahu mengutip tiga mata penuh dalam perlawanan tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN