Kerana Selfie Dengan Pemain, Lyon Bakal Dakwa Peminat Umur 15 Tahun Di Mahkamah

Pernah anda dengar penyokong kena hadapkan ke mahkamah atas alasan menangkap gambar dengan pemain?

Tak pernah bukan? Kali ini anda akan mengetahui berita sebegitu.

Di Perancis, kelab Olympique Lyonnais mahu menghukum seorang peminat yang berusia 15 tahun dengan mengheret beliau ke mahkamah.

Alasannya? Cukup mudah. Peminat tersebut mengambil gambar bersama-sama dengan pemain Olympique Lyonnais.

Beliau yang menangkap gambar secara selfie bersama 2 pemain Olympique Lyonnais iaitu Alexandre Lacazette dan juga Memphis Depay.

Ia dilakukan selepas remaja tersebut berlari ke padang untuk meraikan gol ke-4 pasukannya yang melakukan kebangkitan untuk menewaskan Dijon 4-2.

Remaja itu tak boleh dipersalahkan sepenuhnya, kerana beliau terlalu gembira melihat pasukan beliau melakukan kebangkitan selepas ketinggalan 2-1 berbaki 10 minit terakhir.

Namun begitu, pihak kelab bertegas mahu mendakwa peminat remaja itu di mahkamah.

“Kami sudah melakukan aduan kepada pihak atasan dengan tujuan mahu menjaga keselamatan semua pihak.”

Kami harap remaja tersebut tidak dihukum, jika dihukum biarlah hukumannya ringan sahaja.

Baca juga: Adakah Sani Anuar Kamsani Bakal Disingkir Dari Skuad Pulau Pinang?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN