Para penyokong Manchester United kecewa melihat Cristiano Ronaldo terus meninggalkan padang sebelum wisel penamat dibunyikan ketika aksi bertemu Tottenham Hotspur awal pagi tadi.
Bekas bintang Real Madrid dan Juventus itu kembali ke bilik persalinan sebelum tamat perlawanan yang mana beliau sama sekali tidak diturunkan.
Man United tidak dinafikan sememangnya telah mempamerkan aksi persembahan terbaik mereka di bawah kendalian Erik ten Hag ketika aksi bertemu Spurs awal pagi tadi.
📸 – Ronaldo is heading inside the tunnel. pic.twitter.com/R9vnHXo680
— 𝐀𝐅𝐂 𝐀𝐉𝐀𝐗 💎 (@TheEuropeanLad) October 19, 2022
Skuad Red Devils itu berjaya mencatatkan kemenangan 2-0 menewaskan penunggu tempat ketiga dalam carta saingan Premier League itu.
Fred dan Bruno Fernandes cemerlang mencatat nama sebagai penjaring gol dalam perlawanan tersebut, seterusnya membantu Man United mengutip tiga mata penuh.
Walaupun kemenangan tersebut dianggap hal yang positif untuk skuad Man United, namun telah berlaku satu hal yang agak mengecewakan para peminat.
Kemenangan tersebut membantu Manchester United untuk menghampiri kelompok empat teratas, namun apa yang lebih mencuri perhatian ramai adalah tindakan Ronaldo yang sedikit mengecewakan peminat.
https://twitter.com/MessiMX30iiii/status/1582840325185290240?s=20&t=avmCPXdGVk9Tqtz-KiQGNQ
Bintang Portugal itu tidak diturunkan dalam perlawanan yang dilangsungkan di Old Trafford itu dan beliau jelas sekali tidak sanggup untuk terus berada di sekitar padang sehingga perlawanan benar-benar tamat.
Pada minit ke-89 permainan, dengan perlawanan masih sedang berlangsung, pemenang lima kali anugerah Ballon d’Or itu dilihat kembali ke bilik persalinan seorang diri.
Beliau bahkan turut memakai bib dan reaksi yang ditunjukkan oleh legenda kelab itu jelas sekali menunjukkan beliau sedang kecewa.
Ten Hag lebih memilih untuk menggunakan trio Antony, Jadon Sancho dan Marcus Rashford, dengan beliau turut tampil mendedahkan mengapa beliau memilih untuk mengetepikan Ronaldo dari turun beraksi dalam perlawanan tersebut.
Erik ten Hag focused on ‘magnificent’ Manchester United team display and not Cristiano Ronaldo's early walk-off, writes @JamieJackson___ https://t.co/IZPhuJQnxu
— Guardian sport (@guardian_sport) October 19, 2022
“Marcus (Rashford) sakit pada hujung minggu lalu, dia tak tersedia untuk beraksi selama 90 minit.”
Jelas Ten Hag kepada MUTV.
“Jika tidak, dia akan dimulakan pada aksi hari minggu. Kamu nampak pada ketika Marcus dimasukkan, kami nampak lebih dinamik dihadapan. Itulah apa yang kami perlukan hari ini, pecah barisan pertahanan, tapi kita juga perlu melakukan build up dalam perlawanan ini dan yang paling penting, kita tahu yang kita masih ada pemain berkualiti di bangku simpanan dengan Ronaldo ada untuk tamatkan permainan.”
Scott Mctominay, Antony Elanga dan Christian Eriksen kesemuanya di bawa masuk pada lewat permainan dan ini bukanlah kali pertama Ronaldo meninggalkan padang lebih awal dari yang sepatutnya.
Cristiano Ronaldo went down the tunnel at Old Trafford before final whistle. 🚨🔴 #MUFC
Erik ten Hag: “I will deal with that tomorrow, not today. We are now celebrating this victory”. pic.twitter.com/Ll4raQovL8
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) October 19, 2022
Ketika Ronaldo diketepikan dari aksi kekalahan 6-3 di tangan Manchester City, Ten Hag menjelaskan yang beliau tidak membawa masuk legenda kelab itu kerana mahu menghormati karier gemilangnya.
Bercakap kepada the Amazon Prime, Ten Hag mengesahkan yang beliau tidak bercakap dengan Ronaldo sejak dari bintang Portugal itu meninggalkan padang lebih awal.
Ten Hag bahkan menyatakan yang beliau mahu bertemu Ronaldo keesokkan harinya untuk berbincang tentang hal tersebut.
"I will deal with that tomorrow"
Erik ten Hag gives his reaction to Cristiano Ronaldo walking down the tunnel before the end of #MUNTOT…#PLonPrime pic.twitter.com/A0QQwxcBLj
— Amazon Prime Video Sport (@primevideosport) October 19, 2022
Ketika aksi pra musim, Ronaldo telah mencetuskan kontroversi selepas beliau meninggalkan Old Trafford sebelum wisel penamat dibunyikan ketika aksi bertemu Rayo Vallecano.
Pada ketika itu, Erik ten Hag sendiri menganggap yang tindakan Cristiano Ronaldo itu sebagai satu tindakan yang tidak boleh diterima.
Cristiano Ronaldo jelas sekali tidak gembira dengan situasinya di Old Trafford pada ketika ini dan cara beliau meluahkan rasa tidak puas hatinya itu sebenarnya telah mengecewakan ramai peminat.