Perkara ini adalah satu perkara yang kami tidak mahu dengar dan lihat.
Tidak kiralah sama ada di Malaysia ataupun di luar negara. Perkara sebegini tidak patut berlaku.
Dalam satu aksi di Uruguay, seorang peminat bola sepak telah ditembak oleh seorang lelaki tidak dikenali ketika perlawanan melibatkan pasukan Penarol dan Rampla Juniors di Estadio Centenario.
Ditembak dalam tandas
Insiden tersebut berlaku ketika perlawanan sedang rancak berlangsung pada separuh masa pertama.
Lelaki tersebut ditembak oleh lelaki yang tidak dikenali ketika berada di tandas berhampiran dengan Pagar 10, Estadio Centenario.
Lelaki yang ditembak itu cedera parah dilengan dan kakinya. Mangsa terpaksa dibawa ke Hospital Montevideo serta-merta agar diberikan rawatan.
Oleh disebabkan kejadian itu, perlawanan terpaksa ditangguhkan bagi membolehkan pemeriksaan dilakukan oleh pihak polis.
Namun begitu, perlawanan diantara kedua-dua pasukan ini ditangguhkan atas faktor keselamatan selepas pihak polis memberi nasihat agar perlawanan perlu diberhentikan.
Para penonton yang hadir kemudiannya diarahkan untuk meninggalkan stadium dengan serta-merta.
Ketika perlawanan ditangguhkan, Penarol sedang ketinggalan 0-1 ditangan Rampla Juniors.
Menurut Ignacio Charlo yang merupakan salah satu pegawai keselamatan yang bertugas di stadium itu berkata, terdapat kebocoran pada pemeriksaan keselamatan stadium.
Hal ini kerana Pintu 7, Pintu 9 dan Pintu 10 yang dikhaskan untuk penyokong Penarol serta Pintu 24 yang dikhas untuk penyokong Ramplas Juniors.
Beliau berkata walaupun di pintu-pintu tersebut terdapat pemeriksaan bahan-bahan terlarang, masih ada yang berjaya membawa masuk bahan-bahan terlarang ini ke dalam stadium.
Masalah kembali berulang
Siri keganasan yang berlaku di Uruguay ini adalah perkara yang biasa dalam bola sepak Uruguay. Pada bulan September, penyokong-penyokong Penarol telah ditembak oleh hooligan Nacional menyebabkan 3 cedera.
FA Uruguay juga pernah menagguhkan tarikh permulaan liga sehingga ke tarikh yang diberitahu akibat masalah pergaduhan penyokong yang tidak menentu ini.
Menurut Charlo, hal pergaduhan yang berlaku ini ada kaitan mengenai sindiket pengedaran dadah yang terlibat di Uruguay.
Dipercayai mangsa tembakan tersebut ada terlibat dengan gerakan hooligan Penarol yang berebut untuk menjadi tokan dadah di kawasan mereka.
Baca juga: Pemain Turki Sepak Muka Pemain Lawan Selepas Dibuang Padang