Peminat Bola Sepak Puji Usaha JDT Membantu Mangsa Banjir Di Pulau Pinang

Seperti yang kita sedia maklum, beberapa kawasan di negara kita telah terjejas banjir. Yang paling teruk adala
Ini selepas hujan tidak henti-henti selama 15 jam melanda negeri tersebut.

Hampir keseluruhan kawasan rendah di Pulau Pinang dinaiki air setinggi 0.2 meter hingga 1 meter. Taburan hujan yang banyak telah bertembung dengan air yang pasang.

4 jam yang lalu, Presiden JDT, YAM Tunku Tun Aminah Binti Sultan Ibrahim telah mengeluarkan kenyataan rasmi di laman JST.

Tun Aminah memberitahu, pihak kelab JDT prihatin akan permasalahan banjir yang dihadapi oleh Pulau Pinang. Titah Tun Aminah:

“Menjunjung titah DYAM Tunku Mahkota Johor, antara polisi Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) adalah untuk memberi bantuan dan sumbangan kepada yang memerlukan.”

“Sepertimana sebelum ini kepada mangsa bencana banjir di Pahang dan Kelantan serta mangsa bencana gempa bumi di Sabah.”

“Banyak bantuan yang telah kami berikan kepada kerajaan negeri dan JDT akan terus melakukan perkara yang sama. ”

JDT memang aktif melakukan kerja amal dan mendekatkan diri mereka dengan masyarakat. Satu perkara yang harus dicontohi oleh pengurusan-pengurusan pasukan yang lain.

Tun Aminah turut mengesahkan yang pasukan JDT dan para pemain mereka bersetuju untuk menyumbangkan hadiah kemenangan Piala Malaysia kepada mangsa bencana banjir di Pulau Pinang.

Kelab JDT dan para pemain telah membuat keputusan untuk memberi duit kemenangan Piala Malaysia yang kami menangi kepada mangsa bencana banjir di Pulau Pinang.”

 

Rata rata komen di facebook rasmi JST, peminat bola sepak seluruh tanah air memuji tindakan terpuji daripada JDT. Mereka mengucapkan terima kasih kepada pengurusan JST di atas usaha ini.

 

 

Satu usaha yang harus diberikan pujian walaupun kita semua berbeza kelab dan pasukan yang disokong. Kami mewakili warga bola sepak di Malaysia mengucapkan terima kasih kepada pihak JDT.

Pada masa yang sama, kami mengharapkan semua yang terjejas kerana banjir di Pulau Pinang untuk dipermudahkan segala urusan mereka dalam menghadapi bencana.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN