Abramovich Terkejut Perletakan Jawatan Pengarah Teknikal Chelsea Paling Berjaya, Michael Emanalo

Pengarah teknikal Chelsea, Michael Emenalo sah meletakkan jawatan selepas 10 tahun berkhidmat dengan Chelsea. Perletakan jawatan ini agak mengejutkan Roman Abramovich yang sangat percayakan Emenalo.

Emenalo telah menjadi rakan baik Abramovich selain daripada hubungan profesional. Beliau menyertai Chelsea pada 2007 ketika Avram Grant menjadi pengurus.

Grant pernah menjadi pengurus  Emenalo ketika bermain di Maccabi Tel Aviv. Emenalo juga bermain untuk skuad Piala Dunia Nigeria pada 1994.

Emenalo memegang 2 jawatan pada 1997 iaitu sebagai penjejak bakat dan juga staf kejurulatihan. Bakat beliau dalam pengurusan membuatkan beliau dinaikkan pangkat kepada Pengarah Teknikal pada 2011.

Perletakan jawatan di Chelsea dikatakan ada kaitan dengan jawatan di Monaco. AS Monaco dilaporkan mahu mendapatkan khidmat beliau untuk perancangan musim akan datang.

AS Monaco akan menerima wang bayaran daripada PSG untuk Mbappe dan mereka mahu menggunakan wang itu untuk projek jangka panjang. Emenalo adalah orang yang tepat untuk membantu mereka.

Ketika Emenalo menjadi pengarah teknikal di Stamford Bridge, Chelsea berjaya menjuarai UCL pada 2012, 3 EPL, 3 Piala FA, 1 Piala Liga serta 1 UEL.

Sekaligus, menjadikan beliau sebagai pengarah teknikal paling berjaya dalam sejarah kelab Chelsea. Dalam kenyataan rasmi beliau. Emenalo berkata:

“Ini adalah satu keputusan paling sukar dalam hidup saya tetapi saya yakin ini adalah keputusan terbaik untuk diri saya, keluarga dan kelab ini.”

“Saya berbangga kerana pernah bekerja di samping orang-orang yang berbakat besar dalam sukan dunia dalam tempoh 10 tahun ini. Dan saya akan pergi dengan bangga di atas apa yang telah kita kecapi bersama.”

Selain daripada Abramovich, pengurus Chelsea, Antonio Conte juga terkejut dengan berita ini.

“Saya agak sedih mendengar Michael meninggalkan Chelsea. Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana sokongan yang tidak berbelah bagi kepada saya sejak saya tiba di sini.”

Pengerusi Chelsea, Bruce Buck berkata:

“Dengan rasa agak kecewa, pemilik kelab dan lembaga pengarah terpaksa menerima surat perletakan jawatan Michael minggu ini. Kami sedih melihat beliau pergi tetapi kami faham akan niat beliau mahu keluar sana untuk cabaran baru.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN