Peminat Bengang Mendengar Komen Fernandes Yang Memperlekehkan Alejandro Garnacho

Penyokong Manchester United bengang mendengar komen dari Bruno Fernandes yang seakan-akan mahu memperlekehkan bintang muda kelab, Alejandro Garnacho.

Komen tersebut dibuat oleh Bruno Fernandes selepas bintang muda Argentina itu meledak gol pertamanya di peringkat profesional ketika bertemu Real Sociedad.

Garnacho telah diberi kepercayaan untuk beraksi dalam kesebelasan utama United ketika bertemu Real Sociedad dalam saingan Europa League awal pagi tadi.

Erik ten hag memberi kepercayaan kepada Garnacho selepas beliau melihat bintang Argentina itu mempamerkan aksi yang sungguh menakjubkan bertemu Sheriff Tiraspol minggu lalu.

Minggu ini, Garnacho sekali lagi memukau peminat selepas mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan bertemu gergasi La Liga itu.

Beliau berjaya menjaringkan gol profesional pertamanya dan gol tersebut merupakan gol kemenangan untuk Manchester United menewaskan Sociedad.

Lebih manis untuk Garnacho lagi, individu yang mencatatkan assists untuk gol beliau itu merupakan idolanya sendiri, Cristiano Ronaldo.

Selepas menjaringkan gol yang cantik dan menakjubkan itu, Garnacho meminta izin dari Cristiano Ronaldo untuk meniru keraian terbaru legenda Portugal itu.

Cristiano Ronaldo kemudiannya memberi keizinan kepada Garnacho untuk melakukan hal tersebut dan bintang Argentina itu dilihat terus meniru keraian terbaru pemenang lima kali anugerah Ballon d’Or itu.

Selepas melihat kecemerlangan bintang muda itu, ramai peminat yang percaya bahawa Garnacho selepas ini akan terus beraksi bersama skuad utama dan beliau bakal menjadi nadi penting untuk skuad kendalian Erik ten Hag itu.

Walau bagaimanapun, salah seorang bintang Manchester United telah mengeluarkan komen yang sedikit panas tentang Garnacho dan hal itu mengundang kemarahan peminat.

Peminat bengang kerana komen itu dibuat selepas bintang muda Argentina itu meledak gol kemenangan untuk Man United awal pagi tadi.

Bruno Fernandes mendakwa yang Garnacho sebenarnya tidak mempunyai sikap terbaik pada musim ini dan kerana itulah beliau perlu menunggu lebih lama untuk diberi peluang beraksi.

“Dia sebelum ini sangat bagus tapi dia tahu kita berharap lebih dari dia. Dia masih sangat muda. Dia buat dengan agak baik.”

Jelas Fernandes kepada BT Sport.

“Pada permulaan musim, dia tidak berada di tahap terbaik, ketika sesi jelajah dia tak menunjukkan sikap yang terbaik yang sepatutnya dia ada dan kerana itulah dia tak dapat kesempatan itu sehingga sekarang. Sekarang dia semakin mendapat peluang kerana dia berlatih dengan lebih baik dan dia berhak dapat kesempatan ini.”

Komen dari Bruno Fernandes itu sepertinya tidak diterima dengan baik oleh para peminat kerana mereka merasakan bintang Portugal itu sepatutnya tidak membantutkan kegembiraan Garnacho dengan mengeluarkan komen seperti itu.

“Dia fikir dia siapa? kenapa dia pula yang mempertikaikan tentang sikap pemain lain?”

“Kenapa perlu dia bercakap tentang hal ini? Garnacho baru jaringkan gol kemenangan dan dia tampil bercakap seperti ini.”

“Kita sebenarnya diambang kemusnahan jika si bodoh ini main peranan terlalu besar dalam pasukan. Bayangkan pemain paling teruk yang kita ada berani cakap macam ini.”

“Saya terkejut dia bercakap macam ini, dia seolah-olah terlupa yang dia juga sangat merosot sepanjang musim ini.”

Walau bagaimanapun, sebelum Fernandes mengeluarkan kenyataan tersebut, Erik ten Hag sendiri sudah mengeluarkan komen yang sama selepas tamat aksi di Old Trafford minggu lalu.

Ten Hag mengakui yang beliau tidak gembira melihat sikap bekas bintang muda Atletico Madrid itu ketika awal-awal kariernya sebagai pengurus Manchester United.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN