Menyerlah Bersama Kedah, Sanrawat Kembali Dipanggil Sertai Thailand Selepas 3 Tahun Tersisih

Nama pemain tengah import Kedah, Sanrawat Dechmitr kembali memuncak pada musim ini apabila beliau sah disenaraikan sebagai salah seorang tonggak untuk memperkuat skuad kebangsaan Thailand.

Sanrawat bukan lagi nama asing sebenarnya dalam dunia bola sepak Thailand, apabila beliau sebelum itu telah pun mencipta sensasi pada tahun 2018 dalam saingan Piala AFF.

Selepas kali terakhir beraksi di pentas antarabangsa bersama Thailand pada tahun 2019 dalam saingan Piala Asia, nama Sanrawat tidak lagi dipilih untuk membarisi skuad kebangsaan.

Jika diikutkan, prestasi pemain berusia 33 tahun ini masih lagi baik dan kekal aktif bersama beberapa kelab dalam saingan Thai League seperti Bangkok United dan Ratchaburi Mitr Phol.

Malah, rekod beliau sebelum itu bersama Thailand agak menarik apabila beliau pernah tersenarai selaku salah seorang pemain kesebelasan terbaik dalam saingan Piala AFF 2018 bersama tiga pemain negara iaitu Safawi Rasid, Mohamadou Sumareh, dan Syahmi Safari.

Beliau juga tersenarai sebagai salah seorang tonggak terbaik Asia Tenggara dalam senarai kesebelasan pilihan AFF pada tahun 2019 yng menjadi detik kemuncak kegemilangan Sanrawat di pentas antarabangsa.

Tuah menjadi milik Sanrawat musim ini apabila  ketidaan tiga tonggak Thailand untuk aksi Piala AFF iaitu Chanathip Songkrasin, Suphanat Mueanta, dan Supachai Chaided untuk memperkuatkan skuad kendalian Alexandre Polking.

Bersama Kedah Darul Aman (KDA) sebagai status pinjaman, aksi individu yang ditampilkan oleh Sanrawat jelas positif dalam kalangan para penyokong.

Tampil dengan kebolehan mencipta hantaran tepat kepada rakan pemain, kualiti kawalan individu yang bagus, serta kreatif menjadikan Sanrawat sebenarnya sangat istimewa buat KDA sejak pertengahan musim ini.

Biarpun secara keseluruhan prestasi KDA agak merosot, namun kehadiran Sanrawat sekurangnya menyelesaikan sedikit isu ketiadaan ‘jeneral perang’ buat pasukan tersebut dalam perlawanan.

Malah kehadiran Sanrawat bersama Mahmoud Al-Mardi jelas disambut positif oleh bekas pengendali KDA iaitu Aidil Sharin Sahak menerusi temu ramah yang dibuat oleh kami sebelum itu.

Jelas Aidil, tampilnya Sanrawat bersama Al-Mardi berjaya untuk memberi impak buat serangan KDA menerusi gaya permainan kedua pemain tersebut yang sangat baik terutama kerika saingan Piala AFC.

Apapun, ini pastinya akan memberi sedikit kegembiraan dalam kalangan penyokong KDA, setelah segalanya tampak agak suram dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M), serta tiada seorang pun pemain pasukan tersebut berjaya menambat hati kejurulatihan Harimau Malaya.

Selain Sanrawat, lima lagi pemain yang beraksi di luar negara turut dipanggil untuk memperkuatkan Thailand iaitu Jonathan khemdee, Nicolas Mickelson, Chayapipat Supunpasuch, Chaowat Veerachat, serta Supachok Sarachat.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN