Juara dunia tujuh kali Formula 1, Lewis Hamilton mengesahkan dirinya menyertai bidaan untuk membeli Chelsea – dan menyifatkan ia sebagai antara salah satu peluang terbesar untuk terlibat di dalam bola sepak.
Pemandu Mercedes itu adalah salah seorang pembida yang menyertai konsortium diketuai oleh Sir Martin Broughton. Turut melakukan pelaburan di dalam konsortium tersebut untuk mendapatkan Chelsea adalah juara 23 kali Grand Slam, dan merupakan sahabat baik Hamilton, Serena Williams.
Peminat bola sepak
Hamilton sememangnya sidah lama meminati sukan bola sepak dan pernah mencuba nasib untuk menyertai pasukan tempatan, Stevenage Borough ketika zaman kana-kanak.
Berkongsi mengenai bidaan dan pelaburan yang cuba dilakukan untuk mendapatkan Chelsea, Hamilton berkata: “Saya telah dihubungi oleh Sir Martin dan beliau menjelaskan visi yang dimilikinya sekiranya memenangi bidaan tersebut. Ia amat mengujakan.
🗣️"I've been a football fan since I was a kid."
Lewis Hamilton explains why he's joined a consortium bidding to buy Chelsea FC.pic.twitter.com/RjmKLTH2WZ
— Sky Sports F1 (@SkySportsF1) April 22, 2022
“Ia [visi Sir Martin] menyamai nilai yang ada pada diri saya. Sebagai kanak-kanak saya masih ingat bagaimana saya mengumpul pelekat dan buku sehinggalah kepada mengumpul koleksi kad pemain.
“Ketika masih muda saya pernah cuba untuk menjadi pemain terbaik dan beraksi bersama sebuah pasukan, maka saya cuba menyertai Stevenage Borough sebelum beralih ke dunia perlumbaan.
“Saya hanya boleh mengimpikan menjadi salah seorang pemain penting di dalam pasukan dan ia adalah antara perkara yang paling mengujakan bagi saya.”
Peminat Arsenal, beli Chelsea
Hamilton juga menjelaskan bagaimana beliau yang merupakan seorang penyokong Arsenal tetap kini mahu membeli Chelsea yang merupakan seteru di dalam derbi London.
“Sejak usia lima atau enam tahun saya adalah seorang penyokong Arsenal, tetapi Pakcik Terry saua adalah seorang penyokong Chelsea. Jadi saya banyak menghadiri perlawanan membabitkan Arsenal dan Chelsea bersama beliau.
Max Verstappen on Lewis Hamilton investing in Chelsea:
“I thought he was an Arsenal fan? And if you are an Arsenal fan going for Chelsea, that it is quite interesting. I am a PSV fan and I would never buy Ajax." pic.twitter.com/pbOeQhBIm2
— PurelyFootball ℗ (@PurelyFootball) April 22, 2022
“Sebenarnya saya lebib kepada peminat sukan. Chelsea adalah salah sebuah kelab terbesar di dunia dan antara yang paling banyak kejuaraan.
“Maka apabila saya mendengar peluang sebegini terbuka, ia seperti ‘wow”; ini adalah peluang terbaik untuk menjadi sebahagian daripada perkara yang hebat.”
Hamilton bagaimana pun menegaskan fokus utama beliau tetap di Formula 1. Kontrak pelumba Britain itu bersama Mercedes akan tamapt pada akhir musim 2023, dan menegaskan Chelsea bukan satu-satunya ‘bisnes’ yang beliau akan lakukan pelaburan.