“Kemenangan Bermakna Buat Kami” – Nafuzi Zain Akui Selangor Sukar Diatasi

Terengganu akhirnya berjaya menoktahkan kemenangan kedua musim ini dalam saingan Liga Super setelah menewaskan Selangor di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, malam tadi dengan keputusan 2-0.

Sebelum itu, mereka mencatat kemenangan sulung dengan menjadikan Sarawak United sebagai mangsa mereka setelah tewas dua kali dalam aksi permulaan Liga Super kepada Petaling Jaya City dan Johor Darul Ta’zim.

Menurut pengendali Terengganu iaitu Nafuzi Zain, beliau menjelaskan faktor disiplin yang tinggi menjadi penyebab kemenangan tersebut selain karakter sebenar dipamerkan oleh para pemain untuk kelab tersebut merekodkan dua kemenangan berturut-turut.

Semangat para pemain juga dilihat sangat melonjak dalam perlawanan semalam setelah beraksi di halaman sendiri yang disaksikan oleh 4500 penyokong setia untuk menaikkan aura pasukan beraksi dengan sangat mantap berhadapan Selangor.

“Kemenangan begitu bermakna buat kami selepas terpaksa beraksi di tempat lawan dalam tiga perlawanan berturut-turut sebelum ini.

“Walaupun ada beberapa pemain tonggak mengalami kecederaan dan digantung perlawanan, mereka yang diturunkan berjaya menggalas tugas dengan berkesan berdepan lawan yang kita tahu bukanlah mudah untuk dijinakkan.

“Namun disiplin tinggi yang dipamerkan pemain terutama barisan pertahanan yang sebelum ini sedikit longgar ditambah karakter sebenar dipamerkan pemain bermula minit awal permainan lagi memastikan kami berjaya mengutip tiga mata,” katanya ketika ditemui Arena Metro selepas berakhir perlawanan malam tadi.

Dalam perlawanan tersebut, penyerang lincah negara iaitu Faisal Halim berjaya meledak gol awal perlawanan sambil disusuli gol kedua menerusi pemain import, Tchetche Kipre untuk meranapkan impian pelawat yang turut idamkan tiga mata mereka.

Dalam masa sama, Nafuzi Zain jelas merasa bangga dengan aksi pemain muda yang mempamerkan prestasi positif dalam permainan dan secara tidak langsung membuktikan keupayaan mereka untuk bersaing di peringkat tertinggi Liga Malaysia (Liga-M) bersama pemain senior lain.

“Saya percaya kepada semua pemain termasuk pemain muda, detik inilah yang saya nanti-nantikan terutama dalam perlawanan ‘big game’ berdepan skuad yang mencabar kejuaraan musim ini.

“Kita harapkan momentum ini dapat diteruskan pemain terutama berdepan dengan Negeri Sembilan FC (NSFC) pada Jumaat depan pada aksi pusingan pertama Piala FA yang tertangguh sebelum ini,” katanya.

Ikuti kami di TikTok!

Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.

Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN