Pemilik Wrexham Tak Putus Asa Mahu Bawa Gareth Bale Keluar Dari Persaraan

Bale Golf

Pemilik bersama Wrexham, Ryan Reynolds dan Rob McElhenney menegaskan pihaknya serius dengan usaha untuk meyakinkan Gareth Bale keluar dari persaraan an bermain untuk kelab mereka.

Pasangan pemilik kelab yang baru sahaja mecatat sejarah meraih promosi ke Football League tersebut sedang mencari jalan untuk mendapatkan bekas penyerang Wales dan Real Madrid berkenaan.

Bale pada Januari telah memilih untuk menggantung but pada usia 33 tahun selepas memimpin negaranya membuat penampilan pertama dalam saingan Piala Dunia sejak 1958.

Idea itu datang selepas Wrexham menerima ucapan tahniah daripada Bale yang mengagumi perjalanan kelab tersebut. Lantas McElhenney mengajak legenda bola sepak Wales yang baru berusia 33 tahun itu untuk kembali dari persaraan dan menikmati musim magis yang terakhir.

Namun ketika disoal oleh penyampai Laura Woods di Majlis Anugerah Industru Sukan pada minggu lalu, Bale secara baik menolak pelawaan tersebut kerana gembira dengan kehidupannya ketika ini.

“Tak, saya tak fikir begitu. Saya rasa saya lebih banyak mahu bermain golf Rob,” ujar Bale secara berseloroh.

“Saya sangat gembira di mana saya sekarang, menghabiskan masa lebih banyak dengan anak-anak dan isteri saya. Perkara yang saya hilang semasa tahun-tahun saya komited kepada bola sepak. Saya mahu menikmati kehidupan berkeluarga.”

Reynolds dan McElhenney dalam satu temubual di S4c pula ditanya mengenai keseriusan mereka untuk membuat tawaran kepada Bale.

“Sememangnya ada kesungguhan daripada pihak kami, tetapi saya tak tahu jika ada kesungguhan daripadanya. Saya dia gembira,” jawab McElhenney.

“Saya juga sangat gembira untuk apa yang dia mahu lakukan dalam hidupnya,” tambah Reynolds pula.

Bale yang pernah menjulang lima kali Piala Liga Juara-Juara Eropah (UCL) tidak pernah beraksi untuk mana-mana kelab Wales sepanjang kariernya.

Beliau bermula dengan akademi Southampton sebelum menembusi skuad utama, kemudian berhijrah ke Tottenham Hotspur kemudian memahat karier gemilang di Madrid.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN