Pemilik Syarikat Nanostix Anggap KJ Ada Niat Jahat Lihat Kedah ‘Lingkup’

Pemilik syarikat Nanostix, Shahabudeen Jalil tampil mengeluarkan kenyataan terbaharu selepas beliau menerima kritikan dari pelbagai arah termasuk daripada Khairy Jamaluddin (KJ) dalam sebuah rancangan podcast.

Dalam rancangan podcast Keluar Sekejap, Shahabudeen telah pun mempertikaikan kritikan KJ mengenai niat beliau untuk cuba mendekat Kedah Darul Aman (Kedah).

Merujuk kepada artikel Semuanya BOLA sebelum ini, kami telah pun mengeluarkan persoalan jika Shahabudeen bakal tampil selaku penaja baharu Sang Kenari.

Syarikat Nanostix Bakal Menjadi Penaja Utama Kedah Musim Ini?

“Walaupun begitu, laporan terbaharu menunjukkan Pengarah syarikat Nanostix Innovations Sdn Bhd, Shahabudeen Jalil berkemungkinan besar akan menyertai keluarga Sang Kenari untuk musim ini.

“Ianya dikongsikan sendiri oleh individu tersebut menerusi media sosial Facebook dengan beliau mahu semua mendoakan urusan beliau dipermudahkan bersama petikan keramat Kedah, ‘Pulun Kedah Pulun’.

“Bersama kenyataan tersebut, Shahabudeen turut memuat naik foto bersama bekas pemain tengah Kedah serta Harimau Malaya, Yang Berhormat (YB) Baddrol Bakhtiar, YB Radhi bin Mat Din serta beberapa individu lain dengan berlatar belakangkan jersi Sang Kenari.

“Pada masa sama, salah satu sumber kami juga turut menyatakan Shahabudeen berkemungkinan juga akan menjadi pemilik baharu Kedah untuk menggantikan khidmat Dr. Daud Bakar.

“Namun, kesahihannya masih belum dipastikan lagi dan sudah tentu jika menjadi kenyataan, Kedah bakal menjadi pasukan pertama menerima tajaan daripada syarikat rokok elektronik,” petikan daripada Semuanya BOLA.

Terbaharu, Shahabudeen tampil memberi kenyataan terbaharu mengenai status beliau bersama Kedah untuk saingan musim ini serta menjawab persoalan ditimbulkan oleh peminat bola sepak di Malaysia.

“KJ dalam episod “Keluar Sekejap” mendakwa bahawa Nanostix akan menaja pasukan negeri Kedah.

“Maklumat beliau diperolehi setelah membaca satu artikel yang dikeluarkan oleh sebuah portal bolasepak.

“Portal ini pula hanya merujuk kepada status Facebook peribadi saya “Insya-Allah, doakan”. Ya, saya berniat membeli pasukan ini.

“Niat saya adalah untuk membeli pasukan ini atas kapasiti peribadi sebagai anak jati Negeri Kedah. Saya nyatakan niat ini kepada pihak kerajaan Negeri dan pemilik sekarang juga.

“Tidakkah setiap orang mempunyai hak ini? Apa yang saya nampak dari episod KJ kali ini ialah samada dia tidak membuat kerja rumah sebelum bercakap sesuatu.

“Mempunyai niat jahat untuk melihat pasukan Kedah terus melingkup. Atau Mempunyai IQ lobak merah,” jelas beliau keras di Facebook sebentar tadi.

Pandangan anda mengenai tersebut?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN