Pemilik Perak: “Bukan Duit Yang Diharapkan Dari Kerajaan Negeri, Itu Kami Memang Ada”

Perak

Pemilik baharu Perak, Dato’ Seri Abdul Azim Zabidi berharap pasukannya akan mendapat sokongan sebaiknya dari kerajaan negeri terutamanya berkenaan fasiliti.

Hal ini disebabkan, kerajaan negeri mempunyai kuasa lebih besar dalam hal ini berbanding pihak kelab.

Setiap pemilik pasukan sudah tentu impikan sebuah padang latihan tersendiri untuk mereka tanpa perlu berkongsi dengan pihak lain.

Hal ini kerana, ia sangat penting untuk membentuk pasukan terutama dari segi corak dan taktikal permainan.

“Saya mohon sokongan daripada mereka sebenarnya, sokongan bukan dari segi duit tapi sokongan dari segi fasiliti kita perlukan.

“Katakanlah 40-50 ekar tanah di mana kita boleh bangunkan stadium,” katanya.

Dari segi kos untuk semua ini, mereka akan menggunakan dana sendiri untuk membangunkan fasiliti terbaik yang bersesuaian dengan pasukan.

Namun mereka tidak dapat melakukan semua ini jika tiada bantuan seperti yang diharapkan oleh kerajaan negeri.

Pihak pengurusan juga terbuka jika kerajaan ingin menjual atau memajak tanah kepada mereka jika itu jalan terbaik demi memudahkan perancangan untuk pasukan.

Tetapi harga tersebut perlulah berpatutan kerana setiap aliran keluar masuk wang sangat penting bagi sebuah pasukan berskala besar.

Fasiliti yang terbaik sangat penting kerana ia akan mempengaruhi persediaan pasukan dari awal hingga akhir musim terutamanya dari segi padang latihan.

Ia secara tidak langsung dapat mempengaruhi seseorang pemain untuk datang menyertai pasukan tersebut.

Jika padang latihan pun terpaksa berkongsi dengan orang lain atau tiada tempat khusus untuk pasukan berlatih, bagaimana barisan jurulatih ingin menerapkan taktikal yang terbaik kepada pemain mereka?

Ketika ini, Stadium Perak adalah gelanggang rasmi skuad Seladang namun keadaan padang stadium itu bukanlah berada di tahap terbaik apatah lagi ia juga di kongsi oleh orang lain sekali gus memberi kesan pada rumput stadium.

”Kalau kita nak tukar dia punya padang, ia akan menelan belanja [yang besar].

“Kita ada bajet dan boleh tukar padang itu tapi dengan syarat orang lain tak boleh guna.

“Kalau tidak hancurlah padang, padang kita pun bukan elok sangat dekat Ipoh itu kalau banding dengan Johor Darul Ta’zim.

“[Padang] JDT digunakan untuk mereka sahaja, jadi kita pun nak seperti itu”, tambah Azim.

Keadaan padang yang kurang baik akan memberi kesan kepada pemain sehingga boleh mendatangkan kecederaan dan ini satu kerugian sangat besar kepada pasukan.

Pada masa yang sama, untuk musim hadapan pihak pengurusan tidak meletakkan sasaran yang terlalu tinggi kerana mereka faham pasukan baru dibentuk.

Dalam saingan liga, berada di kedudukan pertengahan liga adalah perkara yang positif buat Perak.

Untuk projek seterusnya, selepas skuad setahun dibina, pihak pengurusan mengharapkan Lim Teong Kim mampu memberi saingan seterusnya memenangi satu piala pada musim tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN