Pemilik PAOK Ancam Pengadil Dengan Pistol, Kerajaan Greece Hentikan Bola Sepak

Bola sepak di Greece semakin panas. Minggu lalu penyokong PAOK menyerang stesen TV selepas kecewa dikenakan tindakan denda dan juga bermain di stadium kosong.

Semalam, satu insiden mengejutkan berlaku apabila pemilik PAOK turun ke padang dengan membawa pistol. Dia mengugut untuk membunuh pengadil. Ini selepas pengadil membatalkan gol kemenangan PAOK dalam perlawanan menentang AEK Athens pada minit akhir perlawanan.

Kerajaan Greece mengeluarkan pekeliling segera dan mengarahkan agar semua perlawanan bola sepak dihentikan dan ditangguhkan sehingga diberitahu.

Timbalan Menteri Sukan dan Kebudayaan Greece, Georgios Vassiliadis membuat kenyataan media berkata:

“Kami mengambil keputusan untuk campur tangan dan menggunakan kuasa kami untuk menghentikan seketika kejohanan bola sepak.”

“Ianya hanya akan bermula dengan kebenaran daripada kami selepas perbincangan dan beberapa persetejuan dicapai dengan semua pihak.”

Dalam perlawanan di antara PAOK Salonika menentang AEK Athens. Perlawanan panas tersebut hampir berakhir dengan 0-0. Namun pada saat akhir minit ke-90, PAOK menjaringkan gol.

Gol tersebut bagaimanapun dibatalkan kerana ofsaid. Ketegangan berlaku di dalam padang dan juga penyokong mulai marah.

Salah seorang orang terkaya di Greece, Ivan Savvidis yang juga merupakan pemilik PAOK telah keluar daripada bilik koporat dan menuju ke padang. Beliau diiringi beberapa pengawal peribadi dan pegawai beliau.

Tiba di padang beliau memaki hamun pengadil dan mengugut untuk membunuh pengadil. Ivan Savvidis diminta meninggalkan padang. Sebagai tambahan, Savvidis adalah bekas ahli parlimen Rusia dan merupakan orang kuat parti yang dipimpin Vladimir Putin.

Selepas kelihatan meninggalkan padang, Savvidis kembali semula dan membuka kot beliau, kelihatan ada pistol pada beliau. Pengadil cemas dan terus menghentikan perlawanan.

https://twitter.com/AFC_Gilles_/status/972930569993641984

PAOK mengeluarkan kenyataan gol itu sudah diberikan semula. Dalam tinjauan kami di dalam laman rasmi Liga Greece, perlawanan juga ditulis 1-0 dengan gol Fernando Varela disahkan.

Tetapi dalam carian google perlawanan masih 0-0 dengan status perlawanan digantung.

Minta dijauhkanlah perkara seperti ini daripada liga kita.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN