Oscar: “Lebih Baik Tak Main Piala Dunia Daripada Hidup Miskin”

Beberapa minggu lalu, pengurus Brazil memberikan gambaran bahawa beliau sukar untuk memilh Oscar untuk menyertai kem Piala Dunia 2018 pasukan Brazil. Ini selepas pemain itu bermain di China.

Tite menyatakan banyak perkara Oscar telah merosot sejak menyertai Liga Super China. Tite dengan terbuka memberitahu beliau adalah orang yang dari dulu merasakan keputusan Oscar ke China bukan sesuatu yang bijak.

Berbeza dengan pemain seperti Paulinho, walaupun ke China, pemain tersebut banyak meningkat dengan persekitaran di sana. Sebaliknya Oscar pula tidak menunjukkannya.

Tite memberitahu beliau sudah 2 kali memanggil Oscar dan ternyata pemain itu gagal menepati beberapa standard yang beliau harapkan.

Oscar memberikan respon kepada kenyataan Tite menyatakan beliau tidak kisah sama ada dipilih dalam skuad Brazil untuk Piala Dunia ataupun tidak.

Ini kerana, menurut Oscar apa yang lebih penting adalah beliau mahukan wang yang lebih di dalam hidup untuk membantu keluarganya dan generasi mereka selepas ini supaya tidak hidup miskin.

Memori Piala Dunia itu tidak akan membantu beliau seperti mana wang yang ditawarkan di China. Beliau berkata:

“Saya tak kisah pun sama ada saya akan pergi ke Piala Dunia ataupun tidak. Saya dikritik kerana saya membuat keputusan datang ke China.”

“Secara peribadinya, keputusan saya dibuat untuk keluarga dan masa depan saya. Saya tak nak hidup miskin apabila saya tua nanti dan hanya hidup dengan memori bermain di Piala Dunia.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN