Pemilik Kedah Dapat Saksikan ‘Live’ Di Dubai, Macam Mana Yang Di Kedah Kata Kena ‘Scam’?

Kedah KDA FC live PPV Kelantan 'scam'

Berada di Dubai, pemilik Kedah Darul Aman FC, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar sahkan beliau dapat melihat aksi pasukan sedangkan penyokong di tanah air terutamanya di Kedah meratib ditipu atau ‘scam’ oleh pasukan.

Malam tadi, saat siaran langsung dibawakan oleh syarikat penstriman dari Kuala Lumpur, Balrz.tv, laman rasmi Facebook KDA FC diserang bertubi-tubi oleh penyokong yang marah dek kerana tidak dapat melihat siaran langsung waima dikatakan sudah membeli akses pay-per-view (PPV) ditawarkan.

Kedah bertemu Kelantan FC di Stadium Darul Aman untuk aksi pemanas badan dan pramusim menjelang Liga Malaysia 2023, malam tadi.

Siaran langsung tersebut telah disiarkan di Facebook dan akses hanya diberikan kepada yang telah membeli akses yang bernilai RM16.90.

Menjadi persoalan, adakah mereka langsung tidak dapat menyaksikan siaran langsung tersebut? Benarkah mereka telah membeli akses?

Ini kerana pemilik Kedah yang ketika ini berada di Dubai pun dapat melihat keseluruhan aksi dari awal sehingga habis tanpa sebarang gangguan.

Malah beliau turut jelas berpuas hati dengan kualiti video dan audio yang dibawakan oleh penyedia penstriman berpengalaman, Balrz.tv itu.

Saya pun dapat melihat keseluruhan perlawanan ini di atas kereta di sepanjang Jalan Sheikh Zayed di Dubai (kerana meeting habis lewat) dan kemudian sambung di hotel tanpa sebarang gangguan. Audio jelas. Video pun cun. Ada replay lagi. Tahniah,” titipnya di laman sosialnya malam tadi.

Begitupun, beliau prihatin dengan masalah yang dihadapi penyokong berbayar yang dikatakan menyampaikan rasa marah dan kesal mereka.

Saya banyak menerima mesej marah dan kecewa atas perkara ini. Saya faham perasaan anda,” ungkapnya sambil memohon maaf atas masalah yang terpaksa dihadapi oleh penyokong yang tidak dapat dielakkan mereka.

Beliau telah aktif menghubungi pihak media KDA FC untuk memulihkan keadaan, namun difahamkan ia adalah diluar kawalan pihak penyiar.

Berdasarkan data yang diterima, kesemua penonton yang diterima masuk adalah sama dengan jumlah penonton yang tertera dalam FB live,” jelas Dr. Daud lanjut mengenainya yang jelas semua harus dapat melihatnya.

Jadi, adakah ia ‘scam’ oleh pasukan Kedah seperti yang diratib sedangkan data menunjukkan semua telah diberikan akses? Masalah talian?

Beliau turut memberi jaminan yang tiada sesiapa yang rugi dan ia akan ditebus semula untuk aksi selepas ini iaitu dengan memberi akses semula.

Jadi, sesiapa yang dah bayar tetapi tak dapat tonton, pihak kami/FB live akan beri akses untuk siaran akan datang. Data tentang perihal ini ada rekodnya. Jangan bimbang. Hak dan wang anda tidak sia-sia,” ungkap lanjut.

Disamping itu, beliau turut menasihati bagi yang mahu menyaksikan secara ‘live’ selepas ini agar mendaftar lebih awal untuk elakkan ‘tergantung’ di waktu puncak. Ia adalah diluar kawalan pihak penyiar dan media KDA FC.

Kalau ID tidak berdaftar, memang tak akan dapat tonton. Saya pun dah buat awal-awal supaya tak nak sangkut di Dubai. Lagi frust,” titipnya lagi.

Dalam pada itu, KDA FC telah memuat naik kenyataan balas mengenai isu berbangkit dan meminta kepada pembeli-pembeli akses bermasalah untuk menghubungi mereka dengan mengemukakan beberapa maklumat. Mereka yang terlibat akan diberikan akses untuk perlawanan seterusnya selepas ini.

Dalam aksi berlangsung malam tadi, Kedah berhasil menewaskan Kelantan dengan keputusan 2-0 hasil dua gol oleh penyerang import, Willian Lira.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN