Kedah Raih Kemenangan Kedua Untuk Aksi Pramusim, Sedia Cabar Kejuaraan Liga Super?

Kedah Darul Aman (KDA) berjaya meneruskan rentak positif mereka pada aksi pramusim ini dengan mencatat kemenangan bergaya 2-0 untuk atasi Kelantan di laman sendiri.

Menerusi rombakan yang dibuat KDA musim ini, jelas pasukan tersebut sudah pun memberi bayangan positif untuk menjadi sebagai salah satu kelab yang mampu mencabar kejuaraan peringkat domestik.

Hadir bersama beberapa perubahan dalam corak permainan, aksi yang ditampilkan KDA sebenarnya sangat menghiburkan para penyokong Sang Kenari di Stadium Darul Aman (SDA).

Tambah menyakinkan, setiap pemain import KDA berjaya menampilkan aksi yang sangat menyakinkan untuk cepat memberi impak dalam corak permainan tuan rumah.

Kelantan yang tampil selaku naib juara Liga Premier musim lalu, jelas memberi ancaman besar buat tuan rumah sebenarnya sepanjang saingan berlangsung.

Walaupun begitu, pasukan pelawat jelas bermasalah dari segi kualiti penyudah serta tahap stamina yang kurang memuaskan untuk diatasi pihak lawan.

Namun, beberapa aksi dipamerkan oleh pemain mereka jelas menyaksikan Kelantan bukan sahaja mahu tampil selaku penumpang dalam saingan Liga Super musim ini, sebaliknya mereka sedia melakar kejutan.

Pengendali baharu mereka iaitu Choi Moon-sik jelas perlu bekerja lebih keras selepas ini untuk memperbaiki aspek kelemahan yang ada pada para pemainnya sebelum saingan bermula.

Pada aksi persahabatan tersebut, separuh masa pertama menyaksikan KDA hadir dengan serba tidak menyakinkan terutama sekali di posisi tengah mereka.

Beberapa kesilapan dibuat skuad kendalian Nafuzi itu hampir memakan diri terutama sekali aspek persefahaman mereka yang sangat lemah.

Kelantan pula jelas garang dengan memberi setiap tekanan kepada pasukan tuan rumah untuk merosakkan formasi KDA dan mematikan segala ancaman serangan dengan begitu baik.

Namun, kedua pasukan gagal untuk mendapatkan sebarang gol sepanjang 45 minit pertama dengan menyaksikan KDA dan Kelantan saling terikat 0-0.

Pada separuh masa kedua, segalanya jelas menjadi milik KDA selepas beberapa pertukaran dibuat pasukan tersebut dengan memasukkan pemain seperti Manuel Ott dan Willian Lira berjaya menambah sengat dari segi aspek serangan.

Hasilnya, pasukan tuan rumah berjaya meraih dua gol berharga menerusi Lira yang terus mempamerkan ketajaman beliau di hadapan gol, setelah cemerlang pada aksi lalu sewaktu berdepan Perlis.

Keputusan kekal tamat dengan tuan rumah meneruskan momentum kemenangan kedua mereka pada pramusim ini untuk memberi keyakinan buat para penyokong.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN