Pemilik Kedah Bakal Tandatangani Pemain Baharu Perkukuh Posisi Tengah

Pemilik Kedah Darul Aman (Kedah), Tan Sri Dr. Daud Bin Bakar mengesahkan pasukan tersebut bakal tampil dengan sedikit rombakan pemain baharu menjelang jendela perpindahan kedua musim ini.

Kedah menjadi antara pasukan yang membuat rombakan besar dengan Nafuzi Zain terlebih dahulu dilantik sebagai pengendali utama pasukan musim ini bagi menggantikan khidmat Aidil Sharin Sahak.

Selain Nafuzi, Kedah turut menandatangani khidmat beberapa pemain tempatan baharu untuk memperkukuhkan pasukan seperti Lee Andrew Tuck, Wan Amirul Afiq, Zharmien Asyraf, serta beberapa lagi di segenap posisi.

Malah, pasukan tersebut turut menyalin semua pemain import musim lalu kepada muka baharu untuk disesuaikan dengan corak permainan diterapkan oleh Nafuzi di atas padang.

Walaupun begitu, tidak semua pemain baharu ditandatangani kali ini memberi impak positif buat pasukan dan beberapa perubahan bakal dibuat untuk jendela perpindahan kedua ini.

Menurut Dr. Daud, penekanan terkini diberikan kepada posisi tengah pasukan dengan beberapa pemain disasarkan untuk memperkuatkan bahagian tersebut tidak lama lagi.

Posisi tersebut dikenal pasti sebagai antara kelemahan Kedah dan perancangan sudah dibuat oleh pemilik kelab tersebut bersama pihak pengurusan untuk membuat sedikit rombakan.

“Kita tidak boleh mengambil mudah dengan barisan pemain kita dan saya bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Khamal Idris Ali dan Ketua Jurulatih, Nafuzi Zain berbincang dan merancang kemungkinan dua atau tiga pemain baharu akan dibawa Julai akan datang.

“Insya-Allah akan ada muka baharu untuk menampung kelompongan yang ada dalam pasukan dan dengan adanya dua atau tiga muka baharu ini dapat memberi lebih kekuatan dan memberi inspirasi kepada penyokong yang melibatkan pemain tempatan dan juga import diatas padang.

“Kekuatan kita sebenarnya bergantung di bahagian tengah dan kita akan cuba untuk perkuatkan bahagian itu,” katanya menerusi Harian Metro.

3 Cara Nak ‘Upgrade’ Pengalaman Layan Liga Malaysia Anda

Pada masa sama, Dr. Daud juga jelas sangat berpuas hati dengan prestasi semasa ditampilkan oleh Kedah, terutama sekali selepas mereka mencatat kemenangan 3-0 kepada Perak.

Siri kebangkitan yang dipamerkan Kedah kini menyaksikan pasukan tersebut unggul di tangga ketiga Liga Super 2023 untuk berada di belakang Johor Darul Ta’zim (JDT) serta Selangor.

“Saya rasa resipi ‘Nafuzi ball’ sudah berjalan dan walaupun belum lagi sempurna untuk pasukan namun ianya dapat menghayati satu falsafah bola sepak baharu buat Sang Kenari.

“Saya dan Khamal berpuashati dan ingin melihat lagi perkembangan yang konsisten hingga tahap lebih tinggi menjadi pasukan hampir lengkap dalam baki perlawanan musim ini,” katanya.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN