Pemegang Taruh Masih Letak Kepercayaan Tinggi Terhadap MFL

MFL

Pemegang taruh Malaysian Football League (MFL) tetap menaruh kepercayaan tinggi kepada badan penganjur liga itu meskipun berdepan musim yang mencabar tanpa baki kedua hak penyiaran pasukan tahun ini.

MFL dalam satu kenyataan mengumumkan ketiadaan pendapatan hak penyiaran Liga Malaysia sepanjang musim 2019 yang menyaksikan baki kedua hak penyiaran tidak dapat diagihkan kepada semua rakan kongsi.

Menurut Setiausaha Agung Felda United, Afizal Abu Othman, beliau memahami situasi yang melanda MFL pada musim ini tanpa penaja utama sekali gus menyebabkan kesukaran untuk menyelesaikan hak penyiaran pasukan.

Namun, di sebalik kekangan tersebut, beliau memuji kesungguhan MFL yang tetap berusaha mengagihkan hak penyiaran pertama berjumlah RM24 juta kepada setiap pasukan pada 15 Julai lalu.

Dan jumlah itu adalah jauh lebih besar jika mengikut Perlembagaan MFL Jadual 7 (Pengedaran Pendapatan Rakan Kongsi Liga) dan 7A, jumlah agihan kepada Rakan Kongsi akan ditentukan oleh Ahli Lembaga Pengarah MFL jika pendapatan hak penyiaran dan komersial kepada Rakan Kongsi adalah kurang daripada RM18 juta.

Pada ketika ini, beliau merasakan sudah sampai masanya bagi setiap pasukan untuk terus melangkah tanpa perlu menoleh ke belakang dengan kemelut yang berlaku pada musim ini.

“Saya rasa semua pasukan perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan bermula pada sekarang kerana tahun ini, kita semua sudah jelas tentang hak penyiaran kedua yang tidak dapat diagihkan.

MFL Harap Rakan Kongsi Faham Kegagalan Bayar Penuh Hak Penyiaran Liga Malaysia 2019

“Daripada kita terus mencari salah, saya rasa semua perlu terus mengorak langkah untuk persiapan pasukan masing-masing pada musim depan kerana saya percaya sinar baru akan hadir untuk semua pihak termasuklah MFL sendiri.

“Kami sebagai pemegang taruh akan terus menyokong MFL serta membantu daripada segi pandangan dan idea supaya liga bola sepak kita akan lebih mantap pada musim depan,” jelasnya.

Turut senada dengan Afizal adalah Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Perak (PAFA), Mohamad Azlin Mohd Nadzri yang menyifatkan pasukan Perak sentiasa bersedia dengan apa jua kemungkinan termasuk dengan kemelut yang berlaku kepada MFL berhubung hak penyiaran musim ini.

Beliau yang baru sahaja memegang jawatan Setiausaha Kehormat menggantikan Tajul Hasnan Omar menjelaskan PFA tetap meneruskan perancangan sendiri bagi mempersiapkan pasukan pada musim depan selain percaya MFL akan bergerak lebih proaktif pada tahun 2020.

“Nak katakan hak penyiaran tu tiada terus tidak boleh juga kerana semua pasukan tetap mendapat hak penyiaran pertama sebelum ini dan kami percaya MFL akan terus berusaha membantu semua rakan kongsi pada musim depan.

“Melihat kepada situasi yang berlaku tahun ini, Perak sentiasa bersedia dengan apa sahaja kemungkinan untuk memastikan pasukan tidak akan terjejas jika ada apa-apa masalah di saat akhir.

“Sekarang kita fokus sahaja untuk persiapan pada musim depan dan kami sudah punya perancangan sendiri untuk kita mempersiapkan skuad terbaik”, katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN