Kritikan Ozil Isu Uighur: Siaran Langsung Perlawanan Arsenal – Man City Di China Dibatalkan

Syarikat penyiaran China, CCTV telah membatalkan siaran langsung perlawanan Arsenal menentang Manchester City pada ahad selepas Mesut Ozil mengeluarkan komen menerusi media sosial mengenai isu etnik minoriti Uighur yang ditindas di China.

Ozil membuat hantaran tersebut menerusi Twitter dan Instagram yang menyentuh keadaan kritikan yang dihadapi golonga Muslim Uighur disebabkan polisi kerajaan China.

Akhbar berbahasa Inggeris China, The Global Times melaporkan, perlawanan tersebut tidak akan diudarakan kerana kenyataan Ozil itu telah mengecewakan peminat bola sepak dan pihak berkuasa negara berkenaan.

CCTV telah mengambil keputusan untuk menggantikan siaran itu dengan perlawanan di antara Tottenham Hotspur dan Wolverhampton Wanderers.

Ozil secara jelas tidak senang tindakan Beijing yang dianggap menindas ‘pejuang Uighur’ dan turut mengkriti negara Islam yang mendiamkan diri dengan isu tersebut.

Dalam hantarannya, Ozil menulis, “[Di China] Al-Quran dibakar, masjid ditutup, sekolah agama dan madrasah diharamkan, agamawan dibunuh seorang demi seorang. Dengan semua ini, [negara] Islam masih berdiam diri.”

Bagaimanapun, Arsenal dalam kenyataannya mengatakan kelab tersebut tidak terlibat dengan komen yang dikeluarkan pemain mereka.

“Kenyataan yang dinyatakan Ozil itu hanyalah pandangan peribadi, Sebagai sebuah kelab bola sepak, Arsenal sentiasa berpegang kepada prinsip untuk tidak terlibat dengan sebarang unsur politik.”

Persatuan Bola Sepak China mendakwa, kenyataan Ozil itu tidak boleh diterima dan melukakan perasaan peminat beliau di China. China secara konsisten menafikan mereka melayan etnik Muslim Uighur dengan buruk.

Bagaimanapun beberapa kumpulan hak asasi manusia telah membuat pendedahan demi pendedahan bahawa kebanyakan orang Islam di China ditahan tanpa bicara dan dipaksa menduduki kem yang dikawal ketat oleh pihak berkuasa.

Leave a Reply