Pembantu Pengadil Ini ‘Diberikan Kad Merah’ Oleh Dewan Parlimen Scotland!

Douglas Ross, seorang pembantu pengadil dari Scotland bukanlah orang kebiasaan. Sebaliknya beliau merupakan ahli politik! Douglas merupakan Ahli Parlimen Scotland bagi kawasan Moray untuk Parti Konservatif.

Douglas tidak menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Parlimen untuk menjadi pembantu pengadil di Portugal. Beliau menjadi pembantu pengadil dalam perlawanan UEFA Champions League antara Sporting Lisbon menentang Real Madrid kelmarin.

douglas-ross-1

Ketidakhadiran Douglas mendatangkan kontroversi kepada partinya. Ketua Parti Konservatif Scotland, Ruth Davidson digesa untuk menyingkirkan Douglas sebagai jurucakap polisi perundangan parti itu di Parlimen Scotland.

Ironinya, perlantikan itu ia masih berkait dengan perundangan negara Scotland dan bola sepak! Dikhabarkan mesyuarat tidak dihadiri itu berkaitan dengan Jawatankuasa Parlimen Scotland mengenai Perundangan.

douglas-ross-3

Douglas Ross mendaftarkan diri sebagai pembantu pengadil. Jawatan itu memberikan ia gaji 40 ribu Pound Sterling setahun.

Malah, pendaftaran beliau itu disiarkan secara terbuka di laman rasmi Parlimen Scotland. Selain menjadi Ahli Parlimen Scotland dan pembantu pengadil, beliau menjadi ahli Majlis Tempatan Moray.

douglas-ross-2

Ponteng Sebab ‘Bola’!

Namun begitu, seorang Ahli Parlimen Scotland dari Parti Kebangsaan Scotland (SNP) mengkritik tindakan Douglas yang mempunyai tiga kerja sekaligus.

Ahli parlimen tersebut mencadangkan lebih baik Douglas memilih satu kerja sahaja, sama ada kekal menjadi pembantu pengadil atau ahli Jawatankuasa Parlimen Scotland mengenai Perundangan.

Tahun lalu, Douglas Ross bertanding di kawasan Moray untuk Dewan Rakyat Britain semasa Pilihan Raya Umum. Namun beliau tewas.

Tetapi tahun ini, beliau dinamakan calon Parti Konservatif untuk Pilihan Raya Parlimen Scotland 2016 dan menang.

Kini ramai yang menyokong Ross dengan kempen Stand In Referee Douglas Ross!

Nota penulis: Parlimen Scotland boleh diibaratkan seperti Dewan Undangan Negeri di Malaysia. Manakala Dewan Rakyat Britian mirip Dewan Rakyat Malaysia.

Macam-macam!

Berbeza dengan Malaysia, ahli politik ramai memegang jawatan dalam organisasi bola sepak, tidak kisah mana-mana parti pun!

Jawab soalan kuiz #BolaVaganza dan menang!

[adrotate banner=”27″]

Untuk pengetahuan anda, app Inikan Bola sedang menganjurkan kuiz #BolaVaganza yang menawarkan hadiah-hadaiah lumayan kepada peminat bola sepak tempatan tegar.

Bagaimana cara untuk menang hadiah lumayan ini?

Muat turun app Inikan Bola di Google Play Store dan sertai kuiz #BolaVaganza sekarang!

Baca juga : Wilmots Selar Courtois Sebagai Pembocor Taktikal Dan Talam Dua Muka

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN