Apa Itu Pemantau Bakat (Scouting)? Bagaimana Ia Beroperasi Dalam Bola Sepak

Dalam bolasepak moden, penekanan ke atas struktur dan anatomi dalam badan sesebuah pasukan semakin kompleks termasuk bidang pemantau bakat.

UnitScouting adalah salah satu daripada unit penting dalam pengurusan bola sepak. Scouting team ataupun pasukan pemantau bakat ini adalah rujukan utama dalam perpindahan pemain.

Kerana pemantau bakatlah kelab seperti Leicester menjana puluhan juta daripada pemain yang ditandatangani dengan modal murah.

Anda pernah baca kisah Monchi dan Sevilla?

Model David Moyes

Everton di bawah era Moyes adalah antara pasukan yang banyak melahirkan pemain berkualiti. Moyes dikatakan memiliki data kira-kira 1,000 pemain dalam data scouting melibatkan berberapa sub kategori.

Ini termasuk kategori seperti harga berbeza, pemain muda, pemain prospek, pemain ejen bebas, dan banyak lagi. Data ini dikemaskini berdasarkan banyak aspek.

Ini termasuk data statistik, rekod kecederaan, penilaian keadaaan emosi pemain dan sebagainya.

Namun ada 2 kategori paling penting iaitu:

1. Sasaran utama

Untuk kategori sasaran utama utama Moyes mengarahkan pasukan scouting menyediakan laporan penuh purata 50 muka surat untuk seorang pemain kategori ini dalam tempoh yang ditetapkan.

2. Potensi untuk ditandatangani

Pemain yang berpotensi untuk ditandatangi dari kategori sasaran utama akan disaring ke jumlah kecil sekitar 10-12 orang.

Dan mereka ini akan diberikan perhatian lebih tinggi dengan analisis data yg lebih lengkap berdasarkan laporan serta senarai semak MOT (multiple object Tracking).

Kerja pasukan scouting

Berdasarkan kepentingan tertentu, team scouting akan bekerja seperti orang gila dan ramai antara mereka tidur di dalam kereta di depan stadium menanti hari perlawanan.

Ada yang seperti sedang melakukan tugas perisik undercover di pusat latihan pemain. Ada yang turun ke jalanan, dan juga ke sekolah sekolah sukan.

Banyak yang menghabiskan masa di youtube melihat jika ada video terbaru. Namun mereka bukan menjadikan youtube sebagai data utama seperti segelintir profesional dalam bidang ini di negara kita.

Bakat yang mereka tonton di youtube itu akan dijejak dan data mereka akan direkod. Bukannya tengok youtube terus buat kesimpulan ini pemain bagus.

Montaj di youtube itu biasanya memaparkan aksi yang cantik sahaja.

Jika ada kanak kanak jalanan yang berbakat, mereka akan cuba mendekati ibu bapa mereka. Sehingga pada satu tahap ada yg menawarkan biasiswa khas ataupun pra-kontrak.

Kerja scouting akan menyebabkan ramai makan di tepi jalan, makan burger ataupun pie di dalam kereta.

Jika anda bermain simulasi Football Manager, anda juga tahu betapa sukarnya untuk menjejak bakat yang bernilai. Di dunia nyata ia jauh lebih kompleks daripada itu.

Tuntutan khas model Redknapp

Sebagai contoh, Hary Redknapp siap ketika di Tottenham Hotspurs siap mengarahkan pasukan scouting beliau merekod respon emosi dan gerak tubuh (body gesture) pemain dalam situasi tertentu.

Ini termasuk ketika mereka menerima arahan pengurus pasukan/jurulatih, kapten ataupun ketika dalam keadaan tertekan.

Beliau juga mahukan laporan disiplin pemain ketika sesi memanas badan. Tidak cukup dengan itu, Harry Redknapp juga mahukan laporan cara pemain meraikan gol.

Model asas di Eropah

Prinsip scouting di Eropah adalah, 10 perlawanan tidak cukup untuk mendapatkan data dan laporan scouting yang terbaik untuk dimasukkan dalam laporan 50 mukasurat tadi.

Setiap pengurus akan melihat berapa banyak tick (√) di dalam senarai semak untuk meyakinkan diri mereka bahawa ini adalah pemain yang bagus.

Jadi, seorang pemantau bakat perlu telus dalam penilaian dan rekod bukannya pakai petik sahaja data dan penilaian tersebut ataupun dipengaruhi emosi kerana mereka sukakan pemain tersebut.

Jika banyak sangat pangkah (×). Pengurus akan mengelak untuk menandatangani pemain tersebut walaupun mereka sangat sukakan pemain tersebut.

Ini kerana, pengurus amat mempercayai para pemantau bakat yang sudah dilantik. Ini kerana mereka adalah pakar di dalam kerja mereka.

Dalam sesebuah kelab di Eropah, ada sekurang-kurangnya 10 sehingga 15 orang pemantau bakat profesional.

Ada kelab yang memiliki pemantau bakat sekitar 50 orang. Di bawah mereka ini pula akan ada pembantu atau pasukan mereka sendiri.

Namun semua mereka akan tertakluk dibawah seorang ketua pemantauu ataupun digelar chief scout yang akan menyemak dan membentangkan laporan akhir.

Penggunaan pangkalan data (Database)

Kebanyakan kelab menggunakan pangkalan data statistik yang sesuai dengan scouting seperti Prozone yang digunakan dalam football manager, WyScout, Scout7, dan DataScout.

Namun ada juga yang bertanya sama ada pengurus boleh menggunakan permainan simulasi Football Manager kerana kekangan kewangan.

Football Manager adalah data pada tahun lepas yang dimasukkan dan diramalkan secara statik berdasarkan perkembangan statistik ketika ia direkodkan.

Maksudnya jika pemain muda dijangka akan meningkat manakala yang dah 30 tahun akan dijangka akan merudum.

Bagaimana dengan kes Freddie Adu di USA yang dianggap Pele dan Andrea Pirlo pula dijangka sudah menurun peak oleh Football Manager ketika bersama AC Milan.

Di dunia sebenar, ketua scout AC Milan turut menjangkakan Pirlo akan menurun peak beliau. Ia antara kesilapan yang paling tidak mahu dikenang oleh pasukan pemantau bakat kelab.

Selepas Pirlo dilepaskan, beliau ke Juventu dan menikmati musim lebih cemerlang di dalam karier beliau.

Football Manager menggunakan teknologi Prozone untuk mengumpul data sebelum ini dan bukan data semasa yang lebih lengkap. Pemantau bakat perlu mendapatkan data sebenar yang lengkap menggunakan ProZone.

Jangan terlalu percaya visual video

Jadi seorang pemantau bakat perlu rajin turun ke stadium menyaksikan perlawan perlawanan. Mereka juga mesti mempunyai naluri yang bagus terhadap seseorang pemain.

Mereka perlu mengelak menonton perlawanan hanya pada komputer riba terutama youtube, ianya mustahil untuk mendapatkan gambaran lebih baik.

Ini kerana montaj pada youtube hanya menyiarkan aksi terbaik pemain. Manakala dalam perlawanan siaran langsung di tv sekalipun masih bukan visual yg harus dijadikan rujukan.

Ini kerana kesan visual kamera terutama sekali spidercam akan mempengaruhi presepsi. Selain itu, kamera siaran langsung itu tidak akan merakam aksi pemain yang mahu dipantau sepanjang 90 minit.

Jadi, bagaimana pula cara pengurusan pasukan di negara kita beroperasi?

Adakah pasukan atau kelab bola sepak dikita ada pasukan pemantau bakat yang sistematik? Atau sekadar pemerhati dan memberikan maklumat ringkas?

Ataupun masih terlalu bergantung kepada sistem trial.

Kesimpulanya, laporan scouts adalah mustahak dan ia melibatkan keputusan untuk mendapatkan pemain yang betul untuk pemberian kontrak yang betul.

Baca juga: Kenali Monchi, Bos Bahagian Scouting Yang Bertanggungjawab Mengkayakan Sevilla

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN