Pemandu Bas Kedah Meninggal Dunia Dipertimbangkan Bayaran Insuran, FMLLP Puji Sikap Penyokong

Sekumpulan penyokong Lang Merah yang hadir ke Stadium Shah Alam untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia pada Sabtu lalu dikejutkan dengan kematian pemandu bas yang membawa mereka.

Pemandu bas berkenaan, M. Batumalai berusia 51 tahun meninggal dunia dipercayai akibat daripada serangan jantung.

Mendiang Batumalai ditemui oleh pemandu bas kedua di tempat duduk pemandu di dalam keadaan tidak sedarkan diri sejurus sebelum perlawanan bermula di dalam kenderaan yang diletakkan di perkarangan stadium.

Kredit: Berita Harian. Antara penyokong Kedah yang hadir.

Menurut Ketua Polis Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat, rakan Batumalai segera memaklumkan keadaan Batumalai kepada anggota polis yang bertugas di lokasi kejadian.

“Rakannya kemudian memaklumkan kejadian berkenaan kepada anggota polis yang bertugas di luar kawasan stadium kira-kira jam 7 malam tadi.

“Bas pemandu ini diparkir tidak jauh dari kawasan stadium dan rombongan ini tiba dari Kedah petang tadi.

“Pasukan perubatan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) yang melakukan pemeriksaan mengesahkan pemandu bas ini sudah meninggal dunia.

“Hasil bedah siasat yang baru selesai dijalankan mendapati punca kematian adalah sakit jantung,” katanya malam tadi.

Ketua Polis Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat

Sehubungan dengan itu, pihak FMLLP sebagai penganjur TM Piala Malaysia 2017 turut mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang M. Batumalai.

Kenyataan takziah tersebut turut dimuatnaik ke laman Facebook badan penganjur tersebut sambil berjanji akan membawa perkara berkenaan kepada pihak insurans untuk tujuan penelitian dan tuntutan insurans.

Sebelum ini FMLLP turut mengesahkan setiap penyokong dan penonton bertiket yang hadir ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2017, turut dilindungi oleh insurans.

Dalam perkembangan lain, FMLLP turut mengucapkan tahniah kepada kedua-dua kumpulan penyokong Kedah dan JDT yang hadir ke Shah Alam pada Sabtu lalu.

SHAH ALAM 04 NOVEMBER 2017. Pemain Johor, Safiq Rahim dan Jurulatih Johor Datuk Takzim Ulises Morais meraikan kemenangan bersama penyokong setelah JDT menewas Kedah pada perlawanan akhir TM Piala Malaysia 2017 di Stadium Shah Alam. NSTP/ASYRAF HAMZAH

Menurut FMLLP, tiada sebarang provokasi dan insiden yang tidak diingini berlaku sebelum dan selepas perlawanan akhir. Selaku badan penganjur, mereka berpuas hati dengan tahap kerjasama yang diberikan oleh semua penyokong yang hadir.

Malah FMLLP memuji sikap penonton yang disifatkan antara yang terbaik di dalam memeriahkan suasana perlawanan akhir pada Sabtu lalu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN