Wenger Akui Manchester City Terlalu Kuat

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger menyifatkan pasukan Manchester City mempunyai kualiti permainan yang terbaik apabila berjaya meraih 10 kemenangan berturut-turut dalam saingan Liga Perdana Inggers sekali gus menyukarkan mana-mana pasukan untuk memintas kelab itu ketika ini.

Beliau memberi amaran buat pasukan lain bahawa terlalu sukar untuk menghentikan Manchester City ketika ini selepas pasukannya tewas 1-3 di Etihad.

Kemenangan City ke atas Arsenal itu membolehkan skuad bimbingan Pep Guardiola meraih kelebihan lapan mata selaku pendahulu daripada pasukan tangga kedua, Manchester United.

“Ada tak pasukan yang mampu menghentikan mereka? Ia akan menjadi satu musim yang sukar kali ini kerana mereka telah bermula dengan kualiti dimiliki yang anda semua tidak tahu.

“Mereka juga sukar untuk dihentikan jika beraksi di laman sendiri pada musim ini,” kata Wenger.

Sergio Aguero menjaringkan gol melalui penalti.

Kekalahan Arsenal itu menyebabkan pasukan tersebut berada di tangga keenam dengan 19 mata selepas 11 perlawanan yang telah berlangsung.

Pengurus Gunners itu turut menuduh penyerang City, Raheem Sterling sengaja menjatuhkan badan selepas berjaya mendapatkan penalti yang memastikan mereka menang.

Wenger ternyata berang dengan tindakan pengadil Michael Oliver yang memberikan sepakan penalti selain gol yang didakwa pengurus Arsenal itu sebagai ofsaid.

“Saya percaya itu bukan penalti,” katanya.

“Kita tahu yang Raheem Sterling sengaja menjatuhkan badan dan dia melakukannya dengan baik.

“Gol ketiga pula adalah ofsaid. Saya amat kecewa kerana kami masih berpeluang pada kedudukan 2-1. Gol ketiga memusnahkan segala-galanya dan secara kebetulan pasukan tuan rumah sentiasa terlepas dengan kesalahan mereka.

“Malang sekali perlawanan itu berakhir sedemikian. Saya kecewa. Anda boleh terima jika City menang secara normal, mereka pasukan yang bagus tetapi ini sukar diterima,” kata Wenger selepas perlawanan itu.

“Musim lalu kami kehilangan dua gol kerana ofsaid dan ia berlaku lagi. City pasti sukar dihalang.” jelasnya.

Illkay Gundorgan mengawal jentera tengah skuad manchester city dengan baik.

Sementara itu, pengurus Manchester City, Pep Guardiola berkata pasukannya berhak menang selepas anak buahnya mempamerkan permainan yang menarik.

“Kami menang dengan cara yang terbaik dan layak untuk meraih kejayaan,” kata Guardiola dengan menegaskan pemain City kepenatan selepas merakam kemenangan ke atas Napoli dalam saingan Liga Juara-Juara, pada pertengahan minggu.

“Kami bertarung dalam keadaan yang tidak begitu baik, pemain keletihan tetapi mental mereka masih stabil. Saya gembira dengan prestasi mereka. Gol ketiga itu membantu kami untuk menang. – AFP

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN