Pemain Usia 18 Tahun Indonesia Ledak Gol Sulung Di Liga Belgium

Pemain muda berbakat besar Indonesia iaitu Marselino Ferdinan berjaya mencatat gol sulung beliau musim ini dalam saingan divisyen kedua Belgium bersama KMSK Deinze.

Marselino yang sebelum itu mencipta reputasi positif bersama Persebaya Surabaya dalam saingan Liga 1 Indonesia pada usia masih muda berjaya menaikkan lagi nama beliau ketika ini di Eropah.

Gol sulung Marselino berjaya dicatat ketika pasukan diwakilinya itu menewaskan Virton menerusi keputusan penuh 3-1 di Burgmeester Van de Wielestadion yang merupakan gelanggang rasmi buat Deinze.

Dua gol Deinze sebelum itu berjaya diledak oleh Alessio Staelens serta Jannes Vansteenkiste pada separuh masa pertama sebelum pelawat mendapatkan jaringan sulung kemudian menerusi Souleymane Anne.

Tampil Marselino yang dimasukkan pada awal separuh masa kedua untuk mencipta sejarah tersendiri buat Indonesia, selepas impak pemain tengah menyerang itu berjaya meraih gol ketiga buat Deinze pada minit ke-77.

Keputusan perlawanan kekal dengan Deinze berjaya meraih kemenangan di laman sendiri, setelah sebelum itu mereka agak kecewa dengan kekalahan besar buat Lommel.

Untuk rekod, Marselino sudah pun meledak gol sebelum ini buat Deinze, namun jaringan tersebut terhasil bukan menerusi perlawanan rasmi kelab ketika menentang Oostende pada bulan Mac lalu.

Menjaringkan gol dalam saingan Eropah pada usia masih muda bukan sesuatu yang selalu boleh dilihat terutama sekali membabitkan pemain dari Asia Tenggara.

Marselino yang sebelum itu sudah pun mencipta nama dalam saingan Piala AFF 2022 Selaku pemain muda terbaik ini tampil sebagai permata baharu buat bola sepak Indonesia kerana aksi yang dipamerkan beliau jelas sangat positif.

Menerusi gol tersebut, pastinya motivasi Marselino terus meningkat untuk mempamerkan aksi lebih berkualiti pada masa akan datang di Eropah.

Malah, ianya pasti menggembirakan kem kebangsaan Indonesia bawah 22 (B-22) kerana nama Marselino turut tersenarai untuk memperkukuhkan pasukan tersebut dalam saingan Sukan SEA tidak lama lagi.

Setelah kebanyakan pemain Indonesia tidak begitu menjadi di Eropah dalam tempoh masa lebih lama seperti Witan Sulaeman serta Egy Maulana Vikri, pastinya semua mengharapkan Marselino boleh kekal di sana untuk terus mengharumkan nama Indonesia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN