Pemain Ugut Boikot Skuad Kebangsaan Jika Macau FA Tarik Diri Pusingan Kelayakan Piala Dunia

Kancah kelayakan Piala Dunia 2022 dikejutkan dengan berita ada pasukan yang akan menarik diri. Pasukan yang dimaksudkan ialah Macau.

Berita ini dipercayai tersebar sejak awal malam tadi.

Apa yang berlaku?

Menurut laman rasmi Facebook kendalian FA Macau, mereka terpaksa menarik diri kerana bimbangkan keselamatan skuad mereka yang ke Sri Lanka. Sebelum ini telah berlaku krisis keselamatan di negara rantau Asia Selatan itu.

FA Macau mendakwa mereka telah menghubungi FIFA, AFC dan FA Sri Lanka untuk meminta perlawanan kedua diadakan di negara lain. Perbincangan yang didakwa memakan masa sebulan itu tidak menemui jalan penyelesaian apabila venue perlawanan masih kekal di Sri Lanka.

Mengikut perancangan, Macau akan menentang Sri Lanka pada 11 Jun. Pada perlawanan pertama pada tempoh hari, Macau menewaskan Sri Lanka melalui gol tunggal Filipe Duarte.

Nasib Macau?

Namun begitu, pihak AFC dipercayai masih belum membuat keputusan mengenai perkembangan ini. Mungkin ada alternatif yang baik iaitu menangguhkan perlawanan ini dan mengadakan perlawanan ini di negara bersesuaian.

Sekiranya gagal, ada kemungkinan Sri Lanka akan diberikan kemenangan percuma 3-0 dan layak ke pusingan kedua kelayakan melalui agregat 3-1.

Ini bermakna Macau gagal untuk mara Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023. Macau tidak pernah sekali membuat penampilan dalam aksi Piala Dunia.

Macau pertama kali muncul dalam sesi kelayakan Piala Dunia sewaktu edisi 1982. Sri Lanka pula pernah menarik diri dua kali semasa kempen kelayakan Piala Dunia 1974 dan 1978.

Namun begitu, mereka muncul di padang sewaktu fasa kelayakan Piala Dunia 1994. Semoga isu ini dapat diselesaikan dengan baik oleh pihak berkaitan.

Pemain ugut bersara

Dalam perkembangan terbaru, pemain-pemain Macau telah menandatangani petisyen untuk mendesak Persatuan Bola Sepak Macau (MFA) meneruskan perlawanan tersebut.

Malah kumpulan 48 pemain dari skuad senior kebangsaan, skuad Bawah 23 dan Bawah 18 Macau mengancam untuk tidak lagi mahu menerima panggilan menyertai pasukan kebangsaan pada masa hadapan sekiranya tiada penyelesaian daripada MFA dan kerajaan Macau untuk menyelesaikan kemelut tersebut.

Isu keselamatan sering kali menjadi masalah di dalam bola sepak, termasuk di Asia. Pusingan kelayakkan Piala Asia 2019 diantara Korea Utara dan Malaysia misalnya pernah ditangguhkan beberapa kali disebabkan isu keselamatan membabitkan kedua-dua buah negara.

Tetapi isu membabitkan Macau sedikit berbeza, kerana ia disebabkan pergolakan dalaman di Sri Lanka. Sebentar tadi turut para pemain turut mengadakan sidang media untuk menyatakan diri mereka tidak akan menyerah kalah semata-mata disebabkan isu keselamatan.

Sehingga artikel ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan daripada AFC atau pun FIFA mengenai status venue terkini perlawanan membabitkan Sri Lanka dan Macau.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN