Bintang Negeri Sembilan & Terengganu Antara Calon Anugerah Pemain Terbaik Bulanan PFAM-Asiana

Jika semalam, pihak PFAM telah mengumumkan 5 calon untuk Anugerah Pemain Terbaik Bulanan Liga Super PFAM-Asiana.my untuk bulanan Februari, kini sudah tiba masa untuk Liga Perdana pula!

Pencalonan ini menyaksikan beberapa pemain yang sering mencipta tumpuan dalam aksi Liga Perdana saban minggu memperoleh pencalonan untuk anugerah ini.

Bruno Suzuki tercalon

Bintang Negeri Sembilan yang kini mencipta tumpuan iaitu Bruno Suzuki menjadi antara calon pilihan untuk memenangi anugerah ini.

Beliau yang ternyata merupakan pemain yang menjadi sandaran utama pasukan Negeri Sembilan dalam misi ke Liga Super menjaringkan gol dalam hampir kesemua 8 perlawanan – termasuk hatrik ketika hari pertama liga!

Gambar: Dzulfadlil Azim / Asiana

Pencabar terdekat beliau adalah perancang utama Terengganu iaitu Lutfulla Turaev.

Lutfulla nyata menjadi perancang yang cukup baik untuk Terengganu apabila menjadi teraju utama kepada serangan Terengganu yang dibarisi Issey Nakajima-Farran.

Wakil tunggal tempatan

Seperti calon untuk Liga Super. Liga Perdana juga menyaksikan hanya 1 wakil dari kalangan pemain tempatan yang menjadi calon.

Apa yang mengejutkan pemain dari pasukan yang mencipta kejutan musim ini iaitu PKNP FC yang memperoleh pencalonan.

Kapten PKNP FC, Shahrel Fikri terpilih menjadi calon tunggal tempatan untuk anugerah bulan ini.

2 lagi slot diisi oleh pemain PDRM Dao Bakary dan juga bintang MISC-MIFA – Dimitri Bodric.

Bakary nyata cemerlang untuk PDRM apabila menjaringkan hampir saban minggu untuk The Cops.

Sementara Bodric mencuri tumpuan selepas mencipta persembahan memukau terutamanya ketika menentang JDT II.

Jadi siapa pemain pilihan anda yang layak menang?

Undi pemain kegemaran anda dengan ke pautan yang kami sediakan di sini.

Gambar: PFAM

Baca juga: Baddrol & 4 Pemain Import Tercalon Dalam Anugerah Pemain Terbaik Bulanan PFAM-Asiana

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN