Karl-Heinz Rummenigge Dedahkan Wenger Pernah Ditawar Jadi Pengurus Bayern Munich

Siapa sangka? Bayern Munich pernah mendedahkan mereka mahukan khidmat Arsene Wenger sebagai pengurus mereka satu masa dahulu.

Itulah yang didedahkan oleh Karl-Heinz Rummenigge yang merupakan ketua eksekutif Bayern Munich.

Beliau yang merupakan wajah lazim di Bayern Munich berjaya membawa nama-nama besar dalam arena pengurusan bola sepak seperti Jurgen Klinsmann, Louis Van Gaal dan juga Pep Guardiola ke Munich.

Sebelum perlawanan diantara Arsenal dan juga Bayern Munich dalam aksi 16 pasukan terakhir di Emirates yang menyaksikan pasukannya menang 5-1, Rummenigge mendedahkan yang beliau pernah mahu mendapatkan khidmat Wenger.

Sasaran Bayern Munich

Ketika era 1990-an, Rummenigge ada mendedahkan yang beliau mahu mendapatkan Wenger sebagai pengurus untuk pasukan Bayern Munich.

“Kami pernah mahu dapatkan beliau, tapi ketika itu pada zaman 1990-an.”

Namun begitu menurut beliau, tawaran kerja itu kemudiannya ditolak oleh Wenger.

Sebalinya beliau memilih untuk ke Jepun dengan menjadi pengurus kepada pasukan Nagoya Grampus.

Akan tetapi menurut Rummenigge, Wenger menolak untuk menjadi pengurus Bayern Munich atas alasan kurang pengalaman dan pemergian beliau ke Jepun adalah untuk mencari pengalaman dalam dunia pengurusan bola sepak.

“Beliau kemudiannya menolak tawaran kami kerana nak cari pengalaman dahulu.”

Baca juga: Manchester United Jadi Kelab Pertama UK, Jalin Kerjsama Dengan Gerakan LGBT

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN