Pemain Tengah Kelantan United Antara Bakal Sertai Penang Musim 2024/2025

Pemain tengah bertahan Kelantan United musim lalu, Khairu Azrin Ghazali dilaporkan antara bakal menyertai Penang untuk saingan musim 2024/2025 bagi aksi Liga Super

Laporan itu dikeluarkan sendiri melalui wartawan sukan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi dengan menyatakan Khairu Azrin bakal kembali menyarung jersi Penang untuk saingan hadapan.

“Difahamkan pemain tengah, Khairu Azrin Khazali akan kembali memperkuatkan Penang untuk saingan Liga M 2024/2025.

“Untuk rekod, pemain yang mesra disapa Acong itu pernah menyarung jersi Harimau Kumbang pada musim 2021,” jelas Fadhirul menerusi media sosial X beliau.

Khairu Azrin atau lebih dikenali sebagai Acong sebelum ini menjadi antara pemain paling menyerlah bersama Penang pada tahun 2021 selepas kebolehan beliau untuk mengawal jentera tengah pasukan itu dengan berkualiti.

Kelebihan dimiliki Acong pada tahun 2021 menjadikan Kedah Darul Aman (Kedah) turut berminat untuk menandatangani khidmat beliau pada musim 2022 sekali gus menjadikan dirinya bersaing dalam kejohanan AFC.

Walaupun begitu, jodoh Acong bersama Sang Kenari tidak berpanjangan apabila beliau sah menyertai Kelantan United pula pada tahun lalu untuk saingan Liga Super.

Musim lalu menyaksikan Acong telah pun beraksi sebanyak 20 perlawanan secara keseluruhan bersama Kelantan United dengan pemain tersebut berjaya menyumbang dua bantuan jaringan secara keseluruhan.

Selain berperanan selaku pemain tengah bertahan, pemain berusia 32 tahun itu juga mampu beroperasi dengan begitu baik di posisi serangan menerusi kreativiti beliau membuat hantaran.

Menyerlah bersama Penang pada tahun 2021, pastinya pemain ini bakal disambut begitu baik oleh para penyokong mereka khususnya untuk menaikkan kembali nama pasukan tersebut musim akan datang.

Setakat ini, Penang masih belum mengumumkan pemain baharu mereka lagi untuk saingan musim hadapan selain hanya barisan kejurulatihan sahaja diperkenalkan.

Sekembalinya Merzagua Abderrazak selaku Pengarah Teknikal menjadikan Penang bertindak lebih pantas untuk tampil lebih baik di posisi kejurulatihan serta pengurusan kelab.

Malah, Akmal Rizal Ahmad Rakhli turut dilantik selaku jurulatih utama Penang musim depan selepas beliau mempamerkan kualiti begitu baik pada penghujung tahun lalu dan dijangka bakal membawa perubahan lebih cemerlang musim depan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN