CEO Kedah Umum Letak Jawatan Lepas 4 Tahun Bersama Sang Kenari

Kedah Darul Aman (Kedah) secara rasminya menyatakan Ketua Pegawai Eksekutif mereka iaitu Khamal Idris Haji Ali telah pun meletakkan jawatan beliau untuk saingan musim hadapan.

Jelas kenyataan itu, Khamal melepaskan jawatan tersebut demi memberi tumpuan sepenuhnya pada perniagaan milik beliau selepas bersama Sang Kenari selama empat tahun.

Selain itu, Khamal turut melepaskan jawatan selalu CEO Kedah kerana ingin memberi peluang kepada sesiapa lebih berkelayakan serta berkemampuan untuk mengemudi Kedah pada masa hadapan.

“Terima kasih Khamal Idris Haji Ali atas segala jasa dan sumbangan terhadap Kedah Darul Aman Football Club dan selamat maju jaya.

“Lembaga Pengarah Kedah Darul Aman Football Club (KDA FC) pada hari ini mengumumkan, Encik Khamal Idris Haji Ali telah meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif KDA FC bagi memberi tumpuan sepenuhnya pada perniagaan beliau setelah 4 tahun menabur bakti.

“Perletakkan jawatan ini juga diambil atas rasa tanggungjawab untuk membuka peluang kepada yang lebih berkelayakan dan berkemampuan,” jelas kenyataan tersebut.

Keputusan dibuat Khamal itu juga dianggap sebagai suatu kehilangan besar buat bola sepak di negeri Kedah, setelah sumbangan dilakukan beliau terdahulu dianggap sangat besar.

Berkuatkuasa sejak tahun 2020, Khamal telah memastikan Kedah mengecapi pelbagai kejayaan di peringkat domestik serta dalam saingan Asia iaitu muncul Naib Juara Liga Super pada musim 2020, 2021, tangga ke-8 2022, Separuh Akhir Piala AFC 2022 dan di tangga ke-4 pada musim 2023.

Khamal juga mewujudkan inisiatif bagi mewujudkan Pejabat Pengurusan KDA FC di Wisma Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK).

Kerjasama strategik bersama Universiti Teknologi MARA (UiTM Perlis) meliputi bidang kejuruteraan, perubatan, saintis sukan, pemasaran dan bidang psikologi.

Seterusnya, mendapatkan kerjasama bersama penaja-penaja, rakan rasmi dan rakan strategik pada setiap tahun.

Menaik taraf segala kelengkapan pusat latihan, pusat kecergasan dan pemulihan pemain dengan skala besar yang pertama kali diwujudkan di Stadium Sultan Abdul Halim, Jalan Suka Menanti.

Merancang dan dalam peringkat rundingan jalinan perniagaan bersama Jabatan Pendidikan Negeri Kedah dengan mewujudkan vending-machine KDA FC kepada lebih 500 buah sekolah di negeri Kedah.

Merancang dan dalam peringkat rundingan jalinan perniagaan bersama Jabatan Pendidikan Negeri Kedah dengan mewujudkan vending-machine KDA FC kepada lebih 500 buah sekolah di negeri Kedah.

Malah, banyak lagi sumbangan besar telah diberikan oleh Khamal khas untuk menaikkan martabat bola sepak di negeri Kedah yang disenaraikan laman tersebut.

Kami doakan semoga Khamal sentiasa berjaya walau dimana beliau berada, serta Kedah mampu untuk keluar daripada segala kemelut melanda kini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN