Pemain Sri Pahang Demam Sebelum Aksi Bertemu Perak

Sri Pahang dilaporkan mengalami sedikit masalah daripada segi persiapan untuk perlawanan hari ini membabitkan mereka bersama Perak dalam aksi Liga Super 2023 di halaman sendiri.

Sri Pahang yang berjaya mencipta kemenangan tipis 1-0 sebelum itu ketika menewaskan Selangor perlu bangkit semula setelah dimalukan oleh Sabah menerusi keputusan 0-4 di Likas.

Musim ini menyaksikan Sri Pahang tampil sebagai antara pasukan yang konsisten meraih mata dalam saingan Liga Super walaupun persiapan awal musim mereka antara tidak begitu menarik perhatian.

Bawah kendalian Fandi Ahmad kini, Tok Gajah hanya merekodkan tiga kali kekalahan sahaja daripada 17 perlawanan mereka dalam saingan Liga Super, serta menjadi antara paling sedikit dibolosi.

Pertemuan seterusnya menentang Perak, pastinya Fandi mahu anak-anak buahnya merekodkan kemenangan, apatah lagi berkelebihan beraksi di laman sendiri untuk kembali memungut tiga mata penuh.

Walaupun begitu, laporan terbaharu menyatakan kem Sri Pahang sedikit terjejas dengan isu kecederaan serta masalah demam yang membabitkan beberapa pemain utama pasukan tersebut yang pastinya memberi keresahan buat Fandi sendiri.

Terkesan dengan isu tersebut, Fandi menyatakan beliau bakal merombak sedikit dalam kesebelasan utama untuk memastikan pasukan tersebut tampil dengan keputusan lebih positif.

“Kecederaan memang ada tetapi bersyukur kerana tiada penggantungan pemain. Pada masa sama, kami masih memantau situasi beberapa pemain yang mengalami demam.

“Namun, segalanya sudah dilakukan untuk meletakkan barisan pemain lebih cergas dan bersemangat berdepan Perak yang turut inginkan kemenangan,” kata pengendali tersebut menerusi Harian Metro.

Pada masa sama, Fandi juga menegaskan kepada para pemain supaya memberi fokus penuh sepanjang 90 minit perlawanan berlangsung ketika berdepan cabaran pelawat.

Pengendali dari Singapura itu juga tidak mahu kesilapan yang berlaku ketika mereka mencatat kekalahan kepada Sabah pada aksi lalu kembali berulang buat Sri Pahang di halaman sendiri.

“Pada perlawanan esok, saya menghormati Perak kerana mereka turut memiliki pemain pantas yang boleh memberi ancaman di bahagian pertahanan.

“Oleh itu pemain perlu lebih berwaspada dan menutup segala ruang kerana Perak juga memiliki beberapa pemain baharu,” tambahnya lagi.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN