Pemain Skuad Kebangsaan Lubnan, Rabih Ataya Sah Sertai UiTM FC

malaysia-vs-lubnan rabih ataya

Rakan sepasukan pertahanan baharu Pahang, Khalil Khamis dari kelab Al-Ahed iaitu Rabih Ataya menjadi pemain terakhir yang menyertai pasukan baharu Liga Super 2020, UiTM FC.

Dalam diam, UiTM FC telah menyiapkan pasukan mereka dan penyertaan pemain skuad kebangsaan Lubnan ini boleh dikatakan sebagai sangat baik untuk skuad The Lion Troops.

Rabih Ataya telah tampil hampir 40 perlawanan bersama Lubnan dan kali terakhir adalah dalam aksi kelayakan Piala Dunia / Piala Asia menentang Korea Utara pada November.

Rabih Ataya juga pernah tampil bersama Lubnan dalam kejohanan Piala Asia 2019 yang lalu dan telah diturunkan dalam dua daripada tiga perlawanan ketika dalam Kumpulan E.

Lubnan gagal melepasi peringkat kumpulan selepas menang sekali ke atas Korea Utara dan tewas kepada Qatar serta Arab Saudi. Rabih Ataya juga merekodkan satu bantuan gol.

Menariknya, Rabih Ataya adalah pemain yang telah memusnah harapan Harimau Malaya untuk meraih satu mata dalam saingan kelayakan Piala Asia 2019 selepas meledak dua gol untuk membenam Malaysia 2-1 di Stadium Larkin pada tahun 2017.

Boleh beraksi di kanan, kiri dan penyerang, pengalaman pemain berusia 30 tahun ini bakal ditagih untuk membantu UiTM FC dalam mengharungi musim pertama di Liga Super.

Selain Rabih Ataya, Frank Bernhardt juga telah membawa masuk dua pemain dari Perancis iaitu untuk posisi tengah dan pertahanan tengah iaitu Ousmane Fane dan Victor Nirennold.

Ousmane Fane berpengalaman bermain di League 1 di England bersama Oldham Athletic dan Shrewsbury Town. Sementara Victor Nirennold pula merupakan produk Stade Rennaisand,

Untuk menguatkan jentera serangan mereka, pengendali yang dikatakan sangat sukakan bakat muda itu telah menyenaraikan Gustavo Almeida, penyerang berusia 23 tahun.

Pemain kelahiran Sao Paulo, Brazil itu pernah bermain bersama kelab Nam Dinh di V.League 1 bermula pada pertengahan tahun lalu, namun hanya tampil dalam 13 perlawanan sahaja.

UiTM FC dilihat pasif dalam pasaran pemain tempatan dengan mengekalkan pemain-pemain musim lalu selain menyenaraikan pemain dikalangan pelajar-pelajar dari universiti tersebut.

Pra-musim yang dilalui juga tampak sederhana dan beberapa perlawanan pemanas badan telah dilalui dan terbaru menentang pendatang baharu Liga Premier, Kuching FA, malam tadi.

KREDIT FOTO: FAM

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN