Bekas Pemain Skuad Juara Dunia Itali, Iaquinta Dipenjara Kerana Terlibat Mafia

Pemain skuad Piala Dunia Itali yang muncul juara pada 2006, Vincenzo Iaquinta dijatuhkan hukuman penjara selama dua tahun atas kesalahan memiliki senjata dan terlibat dalam kegiatan kumpulan mafia, Ndrangheta.

Bekas pemain berusia 38 tahun itu didapati bersalah oleh mahkamah di Reggio Emilia selepas siasatan besar-besaran terhadap kegiatan mafia di utara Itali, yang dikenali dengan kod nama ‘Amelia”.

(Photo credit should read PIERRE-PHILIPPE MARCOU/AFP/Getty Images)

Bukti penglibatan Iaquita dan anggota Ndrangheta turut diberikan ketika perbicaraan. Tetapi bekas penyerang Juventus dan Udinese itu percaya beliau tidak bersalah dan hanya menjadi mangsa diskriminasi kerana dilahirkan di Calabria.

“Kami tidak tahu pun makna Ndrangheta di kalangan keluarga kami,” jerit Iaquinta kepada sekumpulan wartawan ketika dibawa keluar dari mahkamah.

“Perkara ini tidak masuk akal. Mereka rosakkan hidup saya tanpa sebab. Saya dipenjarakan kerana saya dilahirkan di Calabria dan berasal dari Cutro.

TURIN, ITALY – FEBRUARY 13: Vincenzo Iaquinta (C) of Juventus FC holds the ball up during the Serie A match between Juventus FC and FC Internazionale Milano at Olimpico Stadium on February 13, 2011 in Turin, Italy. (Photo by Valerio Pennicino/Getty Images)

“Saya adalah juara dunia. Saya bangga dengan salasilah alabria. Kami tidak bersalah dan tidak ada kaitan dengan Ndrangheta. Perkara ini sepeti membunuh saya, keluarga dan anak-anak. Ini tidak patut berlaku,” ujar beliau lagi.

Sebelum ini, ayah kepada Iaquinta, Giuseppe turut dijatuhkan hukuman penjara 19 tahun kerana memiliki koleksi senjata api secara tidak sah.

Senjata-senjata tersebut dipercayai diserahkan oleh Iaquinta utnuk simpanan. Pada Mei 2017, Iaquinta turut mengaku melakukan kesilapan kerana tidak memberitahu pihak berkuasa beliau telah menyerahkan dua pucuk senjata api ke kediaman ayah beliau.

Senjata-senjata tersebut ditemui oleh pihak polis dalam serbuan pada 2015.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN